10 Punca STR Tak Lulus

10 Punca STR Tak Lulus

Pembayaran STR Fasa 1 bagi tahun 2024 telah mula diagihkan bermula pada 29 Januari yang lalu. Namun, terdapat segelintir rakyat Malaysia tidak menerima bantuan tersebut. Apakah punca permohonan STR 2024 mereka ditolak? Jika anda merupakan salah satu yang tidak lulus permohonan STR, teruskan membaca.

Terdapat lebih kurang 48 punca kenapa permohonan STR anda ditolak. 10 punca utama mengapa permohonan STR 2024 anda ditolak adalah kerana :

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

1. Maklumat pengenalan pemohon tidak sama dengan data agensi

Antara maklumat yang tidak sama adalah seperti nama pemohon, nombor kad pengenalan dan juga status kewarganegaraan. Ini juga terpakai bagi pasangan & anak pemohon.

Kesilapan mungkin terjadi semasa anda mengisi borang permohonan.

Solusi : Anda boleh membuat rayuan permohonan STR 2024 terus sama ada secara dalam talian ataupun melalui kertas rayuan.

Baca sini cara buat rayuan STR secara online

Muat turun borang rayuan kertas STR

2. Maklumat pasangan tidak sah

Kemungkinan pemohon meletakkan status diri sebagai sudah berpasangan, tetapi tidak memuatnaik dokumen pengesahan sudah berkahwin.

Solusi : Tampilkan atau muatnaik kad pengenalan pasangan anda dan juga sijil perkahwinan ke dalam borang permohonan.

Juga muatnaik Sijil Lahir Anak jika pemohon sudah mempunyai anak.

3. Pemohon bujang tidak melepasi syarat kelayakan bujang

Pemohon belum membuktikan sudah tamat pembelajaran bagi tahun 2023/2024.

Solusi : Pemohon perlu melampirkan atau memuatnaik dokumen pembuktian telah tamat pembelajaran atau pun pembelajaran secara separuh masa bagi tahun 2023/2024.

4. Semakan Agensi dapati anak tidak lagi dalam tanggungan

Pembuktian anak masih dalam tanggungan tidak ada atau gagal dibuktikan.

Solusi : Lampirkan dokumen pembuktian anak masih dibawah tanggungan seperti dokumen terima masuk universiti ataupun kad pelajar

5. Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon / pasangan melebihi RM5,000

Solusi : Anda boleh membuat rayuan permohonan STR 2024 terus sama ada secara dalam talian ataupun melalui kertas rayuan.

6. Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham

Kemungkinan berlaku ralat pada data agensi.

Solusi : Anda boleh membuat rayuan permohonan STR 2024 terus sama ada secara dalam talian ataupun melalui kertas rayuan.

7. Pemohon berdaftar sebagai Pengarah Syarikat

Kemungkinan berlaku ralat pada data agensi.

Solusi : Anda boleh membuat rayuan permohonan STR 2024 terus sama ada secara dalam talian ataupun melalui kertas rayuan.

8. Pemohon memiliki kenderaan melebihi had kemampuan B40

Kemungkinan berlaku ralat pada data agensi.

Solusi : Anda boleh membuat rayuan permohonan STR 2024 terus sama ada secara dalam talian ataupun melalui kertas rayuan.

9. Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah yang melebihi RM300,000

Kemungkinan berlaku ralat pada data agensi.

Solusi : Anda boleh membuat rayuan permohonan STR 2024 terus sama ada secara dalam talian ataupun melalui kertas rayuan.

10. Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian

Solusi : Pemohon sendiri perlu hadir ke HASIL bersama-sama borang Permohonan Rayuan STR 2024 dan juga Salinan MyKad Pemohon.

Punca Lain Pemohonan STR Ditolak

10 Punca STR Tak Lulus
10 Punca STR Tak Lulus
10 Punca STR Tak Lulus
10 Punca STR Tak Lulus
10 Punca STR Tak Lulus
10 Punca STR Tak Lulus

Baca lanjut mengenai punca lain mengapa pemohonan STR 2024 anda ditolak di sini

Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR 2024:

  • Kategori isi rumah, kadar minimum STR meningkat dari RM3,100 kepada RM3,700
  • Untuk golongan belia, kadar minimum STR meningkat dari RM350 kepada RM500
  • Manakala warga emas, kadar minimum STR meningkat dari RM600 kepada RM750
Jumlah Keseluruhan STR 2024

Join Channel Whatsapp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

Jumlah Bayaran STR Fasa 1 2024

Berikut dikongsikan jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 Fasa 1 mengikut kategori

STR Fasa 1 : Semakan Status Kelulusan 2024

Isi Rumah Berpendapatan < RM2,500

Bilangan AnakJumlah Bayaran Fasa 1
0 AnakRM500
1 – 2 AnakRM500
3 – 4 AnakRM500
> 5 AnakRM500

Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 – RM5,000

Bilangan AnakJumlah Bayaran Fasa 1
0 AnakRM100
1 -2 AnakRM150
3 – 4 AnakRM250
> 5 AnakRM300

Warga Emas Tiada Pasangan Berumur > 60 Tahun

Jumlah Bayaran Fasa 1RM150

Bujang Berpendapatan < RM2,500 (Berumur 21 – 59 Tahun)

Jumlah Bayaran Fasa 1RM100
Bayaran Fasa 1 STR 2024 : Semakan Status & Jumlah Bayaran
Bayaran Fasa 1 STR 2024 : Semakan Status & Jumlah Bayaran
Bayaran Fasa 1 STR 2024 : Semakan Status & Jumlah Bayaran

Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2024

  • Pembayaran STR 2024 Fasa 1 akan dibayar secara berperingkat pada 29 Januari 2024
  • Namun begitu, tarikh bayaran akan mengikut tarikh penghantaran borang permohonan (dalam talinan dan borang kertas)
  • Sama seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak
  • Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
STR 2024 Fasa 1 Dikreditkan Bermula 29 Januari Secara Berperingkat
Tarikh Bayaran STR 2024 Fasa 1

Semakan Status STR Fasa 1

Semakan status permohonan STR 2024 Fasa 1 boleh dibuat di Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Cara Membuat Semakan Status STR Fasa 1 2024

Semakan boleh dibuat seperti berikut:

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai STR 2024 boleh layari laman web STR di

  • Portal Rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Aplikasi Semakan STR di PlayStore
  • Pejabat HASiL: 1-800-88-2747
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566
  • Hadir ke Pejabat HASiL berhampiran

Ikuti Telegram Rasmi: https://t.me/blogrojak

Siaran Media Kementerian Kewangan

STR 2024 Fasa 1 Dikreditkan Bermula 29 Januari Secara Berperingkat
STR 2024 Fasa 1 Dikreditkan Bermula 29 Januari Secara Berperingkat
STR 2024 Fasa 1 Dikreditkan Bermula 29 Januari Secara Berperingkat

Soalan Lazim (FAQ)

Siapakah yang layak menerima STR?

Permohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

Isi Rumah
– Kahwin: atau
– Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
– pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Warga Emas Tiada Pasangan
– Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
– had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
– Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Bujang
– Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
– had umur adalah 21 -59 tahun; dan
– pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Bilakah Permohonan Rayuan STR 2024 akan dibuka?

Permohonan Rayuan STR akan dibuka sepanjang tahun mulai 29 Januari 2024

Bilakah tarikh permohonan dan pembayaran STR?

Tarikh Bayaran STR 2024 Fasa 1

Kaedah pelaksanaan Permohonan STR secara sepanjang tahun adalah seperti di dalam jadual

Bagaimanakan kaedah bayaran STR 2024 dilakukan?

Kredit ke akaun bank penerima atau secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.