13 Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA (UITM). Gaji RM2529.00 – RM9643.00


Berita gembira buat mereka yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Teknologi MARA ada membuka peluang pekerjaan dan mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Pentadbiran dan Akademik) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap di Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah.

Oleh itu, bagi mereka yang berminat untuk menyertai pasukan UITM SABAH, marilah teliti maklumat, syarat-syarat dan cara permohonan di bawah:- 

JAWATAN YANG DITAWARKAN

JAWATAN PENTADBIRAN

  • Jurutera J41
  • Penolong Pegawai Perubatan U29
  • Penolong Pegawai Keselamatan KP29
  • Pembantu Belia dan Sukan S19 
  • Pembantu Tadbir Kewangan W19 
  • Pembantu Pustakawan S19 
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 
  • Pembantu Makmal C19 
  • Pemandu Kenderaan H11 


JAWATAN AKADEMIK

  • Profesor VK7 
  • Profeser Madya DM53 
  • Pensyarah Kanan DM51
  • Pensyarah DM45
Berikut merupakan fakulti yang memerlukan jawatan-jawatan tersebut:- 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Berumur 18 tahun dan ke atas 
  • Merupakan warganegara Malaysia berstatus bumiputera 
  • Memiliki kelayakan sijil yang sesuai berdasarkan jawatan yang dimohon 
  • Berkaliber, mempunyai semangat berpasukan yang tinggi 


CARA MEMOHON

  • Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh dimuat turun dari laman sesawang UiTM di https://sabah.uitm.edu.my
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan;
    • Kad Pengenalan
    • Sijil
    • Sijil SPM/MCE,HSC/STPM atau
    • Diploma/Ijazah Sarjana   Muda/Sarjana/Ph.D   (Skrol  dan   Transkrip   Akademik Terperinci).
    • Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada Majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan
  • Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan disertakan dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.

  • Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

  • Borang permohonan tidak lengkap tidak akan diproses. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu

  • Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Sila tekan untuk memuat turun borang permohonan:- 
BORANG PERMOHONAN JAWATAN UITM SABAH 2021


Borang pemohonan dan salinan sijil lengkap dihantar ke alamat seperti berikut: 

Unit Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Pentadbiran
Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah
Beg Berkunci 71
88997 Kota Kinabalu
Sabah.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

19 JULAI 2021 (ISNIN)

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada :

Email      :         rahma221@uitm.edu.my
No. Tel    :        (088) 513879

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi  dianggap tidak berjaya.
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak