Permohonan i-Sinar: Pemohon cuma ada peluang SEKALI untuk kemaskini jumlah pengeluaran

Selain daripada soalan berkaitan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), kami menerima banyak soalan berkaitan dengan pengeluaran i-Sinar. Cuma, kami harap korang gunakan duit daripada BPR dan i-Sinar ni dengan betul. Kita pun tak tahu berapa lama lagi pandemik ini akan berlangsung, korang kena bijak dalam berbelanja.

Untuk pengetahuan korang, Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah 55 tahun yang belum pernah memohon kemudahan i-Sinar, boleh membuat permohonan baharu bermula hari ini. KWSP dalam pemberitahuan di laman sosial berkata, kemas kini terkini sistem i-Sinar juga membolehkan ahli yang tidak memilih jumlah pengeluaran dengan betul semasa permohonan terdahulu, melakukan pembetulan.

“Jika ahli tersalah meletakkan jumlah had pengeluaran semasa permohonan asal dibuat atau jumlah yang dipilih bukan had kelayakan maksimum, anda boleh membuat pindaan hanya satu kali di i-Sinar Online. Ahli boleh meminda jumlah permohonan pengeluaran namun, ia tertakluk kepada jumlah maksimum kelayakan ketika permohonan asal dibuat. Tetapi jika ahli sudah memohon jumlah kelayakan maksimum ketika permohonan asal dibuat, tiada lagi pindaan boleh dilakukan,” kata kenyataan itu.

KWSP akan melakukan pengemaskinian dan memaklumkan maklumat terkini dari semasa ke semasa. Permohonan i-Sinar yang dibuat sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat selepas penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria dibuat, dengan bayaran bermula Selasa lalu.

Jumlah pengeluaran pula tertakluk baki simpanan, manakala jadual pembayaran maksimum selama enam bulan kekal. Langkah kerajaan memansuhkan kriteria kemudahan i-Sinar bulan lalu membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam mengurangkan beban rakyat.

Kami harap degan maklumat ini korang sedikit sebanyak mengetahui apa yang perlu dilakukan. Korang kena ingat, bagi mereka yang tersalah isi tempoh hari, korang cuma ada peluang sekali je untuk pastikan korang kemaskini dengan betul, jangan salah pulak ye.


WEBSITE i-Sinar KWSP