Adakah anda seorang ibu tunggal yang memerlukan? Kini, dengan bantuan khas dari program PENJANA dan Jabatan Kebajikan Malaysia, ibu tunggal yang layak boleh mendapat bantuan khas sebanyak RM300. Bolehlah tambah serba sedikit bekalan harian kan?
Sebelum membuat permohonan, anda bolehlah meneliti maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara permohonan sebelum memohon.
NILAI BANTUAN IBU TUNGGAL
RM300 akan diberikan kepada mereka yang layak.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN
Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut:.
Pemohon wajib berjantina perempuan (Warganegara) dan menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:-
i.Taraf perkahwinan adalah balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
ii.Punyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah
iii.Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)
CARA PERMOHONAN
Muat turun borang permohonan ibu tunggal secara online, senarai muat turun borang dan dokumen sokongan yang diperlukan di bawah:-
- BORANG PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL
- SENARAI SEMAK PERMOHONAN KHAS BANTUAN IBU TUNGGAL
- SURAT AKUAN PENGESAHAN PENDAPATAN
- BORANG PENGESAHAN DIRI BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL
Anda juga boleh datang dan hadir di mana-mana cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM di tempat tinggal anda bersama-sama borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen penting yang diperlukan:-
DOKUMEN WAJIB YANG DIPERLUKAN
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Penyata Akaun Tahunan Semasa
- Salinan Sijil Kahwin/Sijil Cerai/Sijil Kematian
- Salinan Sijil Kelahiran Anak Yang belum berkahwin/MyKid/MyKad/Sijil Anak Angkat
- Salinan Slip Gaji/Pengesahan Pendapatan (Disahkan Penghulu/Majikan)
- Surat Akauan Doktor (jika berkenaan)
- Surat Akuan Sumpah (jika dalam proses penceraian)
Maklumat lanjut mengenai bantuan sila klik di sini.
INFO TAMBAHAN
- Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun anda jika permohonan anda lulus dan disahkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia.
- Untuk sebarang info tambahan, anda boleh klik di sini dan layari laman web yang dipaparkan.
Semoga dengan bantuan ini, ibu tunggal di luar sana dapat meringankan beban untuk mencukupkan keperluan anak-anak. Jangan lupa untuk ikuti perkembangan bantuan khas ini di laman web yang tersebut.