Permohonan Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dibuka. Gaji RM1000 & tiada slip gaji layak memohon

 


Berita gembira buat mereka yang ingin memiliki rumah, kini anda boleh memiliki rumah pertama anda dengan menggunakan Skin Jaminan Kredit Perumahan (SJKP). SJKP merupakan satu badan yang membantu mereka yang mempunyai pendapatan rendah untuk memiliki rumah. Berminat? 

Mari teliti maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara permohonan di bawah:-

APA ITU SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP)?

Kerajaan Malaysia, dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2008) di Dewan Rakyat pada 7 September 2007, sedar akan kesukaran yang dialami mereka yang tidak berpendapatan tetap, seperti petani dan peniaga kecil, dalam mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah kediaman mereka.



Bagi mengatasi kesukaran tersebut, kerajaan telah menubuhkan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) bagi menjamin kemudahan kewangan yang akan diberikan oleh institusi-institusi kewangan yang turut terlibat dalam skim ini.


Para pemohon pembiayaan mestilah mempunyai keupayaan untuk membayar balik pembiayaan perumahan meskipun mereka tiada bukti pendapatan bulanan



SYARAT-SYARAT KELAYAKAN


Berikut merupakan ketetapan syarat untuk memohon Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP):- 

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
  • Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  • Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  • Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
  • Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
  • Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  • Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

INSTITUSI KEWANGAN YANG MENYEDIAKAN SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN

Berikut merupakan institusi kewangan/Bank yang menyediakan skim ini . Sila klik nama bank untuk pergi ke portal bank tersebut:- 

CARA PERMOHONAN

Secara umumnya, proses permohonan pembiayaan perumahan di bawah skim ini adalah seperti berikut:


  • Kenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
  • Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga
  • Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
  • Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
  • Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini (Rujuk Institusi Kewangan yang telah dilampirkan di atas).

PERTANYAAN

Sekiranya anda masih mempunyai sebarang persoalan tentang skim ini, anda boleh menghubungi SJKP di talian 03-2096 5000 atau layari portal mereka di:- 

INFO TAMBAHAN

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk memiliki rumah impian anda.  Terus berusaha dan maju jaya! 

Sila sebarkan informasi ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak