Khas untuk rakyat di negeri Perak, Yayasan Perak menyediakan satu inisiatif iaitu Program Sayangi Rumahku yang bertujuan untuk membantu mereka yang miskin tegar bagi membaik pulih rumah atau bina rumah baru.
Sasaran program ini adalah khusus kepada golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak yang berdaftar dengan sistem eKasih di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kategori Program Sayangi Rumahku
Program Sayangi Rumahku mempunyai dua kategori iaitu baik pulih rumah dan bina baru rumah.
Bantuan baik pulih rumah akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai rumah tetapi menghadapi masalah ekonomi dalam membaiki rumah mereka.
Skop bantuan baik pulih rumah ini hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk kerja-kerja membina atau baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj, perigi dan lain-lain lagi.
Bantuan bina baru rumah akan diberikan kepada yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur , tidak selamat diduduki dan mereka mempunyai masalah dari aspek ekonomi.
Bantuan bina baru rumah terbahagi kepada 3 jenis rumah iaitu:
Bina baru 1 bilik
Bina baru 2 bilik
Bina baru 3 bilik
Syarat Permohonan
Berikut dikongsikan syarat untuk membuat permohonan:
- Pemohon adalah warganegara Malaysia dan berkahwin
- Pemohon berumur 45 tahun ke atas serta menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di dalam Negeri Perak
- Pemohon berdaftar di dalam sistem eKasih atau disahkan miskin oleh Penghulu atau Ketua Kampung
- Status tanah kediaman pemohon mestilah mendapat kebenaran untuk diduduki (bagi permohonan Bina Baru)
- Pemohon belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain
- Status pemilikan rumah adalah rumah sendiri (bagi permohonan Baik Pulih)
Cara Membuat Permohonan
Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan:
1. Dapatkan borang permohonan Program Sayangi Rumahku secara percuma di
- Pejabat Yayasan Perak
- Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial)
- Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
- Pejabat Daerah atau Pejabat Penghulu
Atau melalui muat turun borang – KLIK SINI
2. Isi maklumat dengan lengkap dan betul
3. Dapatkan perakuan dan pengesahan daripada
- Ketua Kampung
- Penghulu
- Ahli Parlimen / ADUN / Pemimpan Setempat
4. Kemudian hantar borang permohonan yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan ke alamat:
Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak)
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
No 111, Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuanatau
Bahagian Pembangunan Sosial (Pejabat Cawangan)
No.26C, Persiaran Greentown 6
Greentown Business Centre
30450 Ipoh, Perak
5. Dokumen yang diperlukan
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan pasangan / waris dan tanggungan
- Penyata pendapatan pemohon
- Penyata pendapatan pasangan / waris
- Surat akuan bersumpah kebenaran semua pemilik tanah
- Salinan kad pengenalan semua pemilik tanah
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi pihak Yayasan Perak di talian 05-246 0998.