Baru-baru ini, dalam pakej PEMULIH, kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa terdapat pelaksanaan moratarium automatik yang boleh dimohon oleh peminjam dalam tempoh masa 6 bulan. Permohonan ini juga akan dibuka pada 7 Julai 2021 dan ia melibatkan semua golongan sama ada, golongan B40, M40 dan juga T20.
Oleh itu bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai moratarium automatik ini, bolehlah teliti maklumat dan juga cara permohonan di bawah.
Mengikut laman Facebook Bank Negara, mereka yang ingin memohon moratarium automatik ini boleh mengikuti 3 kaedah saluran mudah , iaitu:-
KAEDAH PERMOHONAN MORATARIUM 6 BULAN
- Borang Web
- Pergi ke laman web bank anda
- Klik pada borang web
- Isi butiran peribadi dan pembiayaan anda
- Tandakan pada kotak syarat bantuan bayaran balik pinjaman
- Klik ‘hantar’ dan bank akan mengesahkan penerimaan
- E-mel
- Pergi ke laman web bank anda
- Klik pada borang web
- Isi butiran peribadi dan pembiayaan anda
- Tandakan pada kotak syarat bantuan bayaran balik pinjaman
- Klik ‘hantar’ dan bank anda akan mengakui penerimaan
- Panggilan telefon
- Hubungi pusat khidmat pelanggan bank anda
- Panggilan anda akan dilayan dan operator akan membimbing anda sepanjang proses permohonan.
TARIKH PERMOHONAN MORATARIUM
INFO PENTING
- Kelulusan adalah automatik dan peminjam yang layak akan menerima pengesahan dalam tempoh 5 hari bagi peminjam individu manakala untuk peminjam PKS adalah 14 hari.
- Peminjam perlulah tidak mempunyai tunggakan bayaran ansuran selama lebih 90 hari dan tidak menghadapi proses kebankrapan atau penggulungan.
- Untuk PKS, pengisytiharan kendiri secara talian diperlukan.
LINK SETIAP BANK
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan informasi terkini kepada anda dan moga kita semua dapat mendepani hari-hari mencabar ketika pandemik! Terus berusaha dan maju jaya.