TEDUH: Permohonan Rumah Mampu Milik Untuk B40

Tahukah anda, Jabatan Perumahan Negara telah menyediakan laman web untuk memudahkan rakyat Malaysia khususnya golongan B40 untuk mencari atau menyemak rumah yang mereka bakal miliki secara beli atau sewa yang dikenali sebagai TEDUH.  TEDUH merupakan laman web yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia dan menjadi gerbang "One-Stop Centre" kepada individu yang ingin memohon program perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.


Tahukah anda, Jabatan Perumahan Negara telah menyediakan laman web untuk memudahkan rakyat Malaysia khususnya golongan B40 untuk mencari atau menyemak rumah yang mereka bakal miliki secara beli atau sewa yang dikenali sebagai TEDUH.

TEDUH merupakan laman web yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia dan menjadi gerbang “One-Stop Centre” kepada individu yang ingin memohon program perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.

SKIM PERUMAHAN DI BAWAH TEDUH

PPAM
Skim PPAM merupakan satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 yang bertujuan untuk membolehkan penjawat awam yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.

SPP

Skim Pinjaman Perumahan (SPP) merupakan skim yang diuruskan melalui akaun tabung amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan Bagi Golongan Berpendapatan Rendah.

PPR Dimiliki

PPR Dimiliki merupakan inisiatif kerajaan untuk menyediakan penempatan terancang dan selesa kepada kumpulan sasar iaitu golongan setinggan dan berpendapatan rendah RM3,000 ke bawah. Harga jualan bagi rumah tersebut iyalah RM35,000 per unit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 per unit di Sabah dan Sarawak. Program ini membantu kumpulan sasar untuk memiliki rumah.

PPR Disewa

Program PPR Disewa ini telah diperkenalkan pada tahun 2002 lagi dan ianya bertujuan untuk disewakan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan pada kadar RM124 sebulan.

PR1MA

PR1MA merupakan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar yang berpendapatan sederhana. Harga rumah PR1MA bermula dari RM100,000 sehingga RM400,000.


Rumah Transit
Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudaan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur 18 – 30 tahun. Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250 sebulan bagi tempoh 2 tahun. Penyewa akan diberi notis 6 bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.

Rumah IKRAM Keluarga Malaysia
Ini adalah inisiatif daripada kerajaan dalam menyediakan kediaman yang berdaya huni dan selamat khusus kepada Keluarga Malaysia yang terkesan dah kehilangan tempat berteduh kesan pandemik COVID-19 akibat pelbagai faktor seperti kehilangan pendapatan, kekurangan pendapatan serta kehilangan pekerjaan sehingga tidak lagi mampu membayar sewa yang tinggi, dihalau keluar dari rumah sewa dan seumpamanya.

SYARAT PERMOHONAN


Berikut dikongsikan syarat untuk membuat permohonan bagi setiap Skim Perumahan;:-

PPAM

  • Warganegara Malaysia
  • Penjawat Awam
  • Penjawat awam yang berpencen dan kontrak
  • Boleh memohon lebih dari satu projek
  • Moratorium 10 tahun.

Maklumat lanjut mengenai Skim PPAM – “KLIK SINI”


SPP

  • Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun hinggan 70 tahun.
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan
  • Bukan kakitangan kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
  • Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan.
  • Memiliki tanah sendri atau tanah milik ahli keluarga terdekat

Maklumat lanjut mengenai Skim SPP – “KLIK SINI”


PPR Dimiliki

  • Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Maklumat lanjut mengenai PPR Dimiliki – “KLIK SINI”


PPR Disewa

  • Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Maklumat lanjut mengenai PPR Disewa – “KLIK SINI”

PR1MA

  • Warganegara Malaysia
  • Bujang ataupun berkahwin dan berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah antara RM2,500 hingga RM15,000 sebulan
  • PR1MA hanya boleh dibeli sebagai rumah pertama atau kedua sahaja

Rumah Transit
  • Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia
  • Pemohon telah berkahwin
  • Pemohon berumur antara 18 – 30 tahun
  • Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohon
  • Pemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit dipohon
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
  • Tiada rekod jenayah
Maklumat lanjut mengenai Rumah Transit – “KLIK SINI”


Rumah IKRAM Keluarga Malaysia


Golongan B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan memenuhi syarat-syarat seperti di bawah:
  • Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
  • Tidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan

Maklumat lanjut mengenai Rumah IKRAM Keluarga Malaysia – “KLIK SINI”

CARA MEMBUAT PERMOHONAN


Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan TEDUH:-


Layari laman web SPRN di https://sprn.kpkt.gov.my/

DAFTAR AKAUN PEMOHON

Isikan semua maklumat yang diperlukan (Nama, No Kad Pengenalan, Alamat E-mel)



BUKA EMEL

Pastikan emel yang telah didaftarkan adalah betul dan masih aktif



PILIH SKIM

Pilih skim perumhan yang diinginkan.


Berikut adalah skim perumahan yang masih tersedia:
  1. Rumah IKRAM Keluarga Malaysia
  2. PPR Disewa
  3. PPR Dimiliki


DOKUMEN SOKONGAN

  • Muatnaik semua dokumen yang diperlukan
  • Pastikan dokumen yang dimuatnaik adalah format PDF dan saiz fail tidak melebihi 3MB.

PENGESAHAN

  • Setelah muatnaik semua dokumen, pemohon boleh membuat pengesahan permohonan
  • Dan siap!.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi:


Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4,
62100 Putrajaya
Tel: 03-8891 4475/ 03-8891 4200
Emel: teduh@kpkt.gov.my
MyHome Tel: 03-8891 4027 / 4054 / 4055 / 4062
PPR Tel: 03-8891 4052 / 4059 / 4384
Rumah Transit Tel: 03-8891 4052 / 4061 / 4400


Semoga artikel ini memberi manfaat dan kemudahan kepada anda semua.