Ini Sebab Kenapa Anda Tidak Lulus BKM, Semak Sekarang!

Semakan permohonan BKM telah dibuka bermula hari ini 28 Mac 2022 sekaligus pembayaran BKM mula disalurkan secara berperingkat kepada mereka yang layak.  Ramai yang tertanya-tanya sebab dan kenapa mereka tidak lulus permohonan BKM. Oleh itu, kami akan kongsikan kepada anda sebab dan alasan kenapa tidak lulus BKM dan cara-cara untuk membuat rayuan BKM


Semakan permohonan BKM telah dibuka bermula hari ini 28 Mac 2022 sekaligus pembayaran BKM mula disalurkan secara berperingkat kepada mereka yang layak.

Ramai yang tertanya-tanya sebab dan kenapa mereka tidak lulus permohonan BKM. Oleh itu, kami akan kongsikan kepada anda sebab dan alasan kenapa tidak lulus BKM dan cara-cara untuk membuat rayuan BKM

Tidak Lulus BKM? Ini Sebab & Alasannya

Jika anda telah membuat semakan status BKM dan mendapati anda tidak lulus, akan dipaparkan alasan tidak lulus melalui KOD TIDAK LULUS BIKM seperti berikut

05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan

12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad

36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP

31 – Status perkahwinan perlu pengesahan

39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan

Tarikh Permohonan Rayuan BKM

Jangan risau, bagi mereka yang tidak lulus BKM anda boleh mengemukakan rayuan permohonan secara atas talian bermula 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022.

Cara Membuat Permohonan Rayuan BKM

  1. Berikut dikongsikan cara untuk membuat rayuan BKM:
  2. Layari portal BKM di 
  3. Klik pada ikon “Rayuan” (bermula 2 mei 2022)
  4. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik pada butang carian
  5. Ikuti langkah berikutnya dan lengkapkan borang sehingga selesai
  6. Kemukakan dokumen sokongan sebagai bukti / tindakan terhadap kod alasan tidak lulus BKM

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan mengenai Bantuan Keluarga Malaysia, bolehlah menghubungi:

Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747
Hotline MoF: 03-8882 4565 / 4566
Atau hadir ke Cawangan LHDNM / PS LHDNM / PJH LHDNM / UTC LHDNM