KUALA LUMPUR: Bermula tahun 2023, isi rumah berpendapatan RM2,500 atau kurang atau menanggung lima anak layak menerima bantuan RM2,500
Ia merupakan bantuan tunai langsung di bawah Bantuan Keluarga Malaysia yang disediakan oleh kerajaan
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul mengumumkan demikian dalam pembentangan bajet 2023 di Dewan Rakyat di sini, hari ini. Sumber: Harian Metro
Baca Juga:
Tarikh & Jumlah Bayaran BKM Fasa 4
Pengeluaran Khas KWSP 2.0: Tuntutan Pengeluaran Kali Terakhir
Bantuan Keluarga Malaysia 2023 > RM2,000 (3 orang anak atau lebih)
Selain itu, pihak kerajaan juga akan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan beberapa pembaharuan iaitu bantuan sebanyak RM2,000 kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 sebulan.
Menteri Kewangan berkata, pemberian bantuan ini meningkat berbanding RM1,800 iaitu kadar tertinggi di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini
Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang
Bagi golongan warga emas dan bujang pula akan menerima bantuan sebanyak RM350 sehingga RM600 (bergantung kepada pendapatan)
Bantuan Ibu / Bapa Tunggal Tahun 2023
Bagi golongan ibu atau bapa tunggal pula, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan kepada RM3,000 berbanding RM2,500 yang diberikan sebelum ini. Kadar kenaikan tambahan sebanyak RM500