Dalam usaha Kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan sama ada di peringkat Persekutuan ataupun Negeri.
Salah satunya adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dari RISDA sebanyak RM600 yang akan dibayar dua fasa kepada mereka yang berkelayakan.
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
BMT adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada pekebun kecil / penoreh getah sebagai usaha untuk meringankan beban mereka ketika musim tengkujuh
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM600 dan akan dibayar dalam dua fasa:
- November 2022: RM300
- Disember 2022: RM300
Syarat Kelayakan Bantuan
Berikut dikongsikan syarat kelayakan BMT:
Pekebun Kecil RISDA
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil berdaftar (pemilik pengusaha) dengan RISDA
- Kelausan tanah 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja
Penoreh Bukan Pemilik
- Warganegara Malaysia
- Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Pengesahan pemilik tanah yang sah
- 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah
Semakan Kelulusan BMT
Pembayaran akan dilaksanakan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank yang masih aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.
Semakan kelulusan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem BMT RISDA
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai BMT, anda boleh menghubungi pihak RISDA di talian 03-4256 4022