Dalam usaha kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada diperingkat persekutuan mahupun negeri.
Salah satunya adalah melalui Bajet 2023 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul di dewan rakyat pada 7 Oktober 2022.
Antara yang menarik perhatian adalah pengenalan Kasih Suri Keluarga Malaysia 2023 yang diperkasakan perlindungan tambahan di bawah Skim PERKESO.
Bantuan RM600 Untuk Suri Rumah
Kasih Suri Keluarga Malysia atau i-Suri pada asasnya adalah sebuah skim yang membolehkan para suri rumah mencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Manfaat di bawah skim ini, antaranya:
- Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 setahun
- Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan
- Menerima dividen tahunan KWSP
- Bantuan Kematian RM2,500
- Bantuan Hilang Upaya RM5,000
Untuk tahun hadapan, ia akan diperkasakan lagi melalui Skim PERKESO apabila kerajaan akan mencarumkan RM120 setahun
Ini bermakna, suri rumah yang membuat caruman KWSP minim RM60 setahun akan mendapat insentif padanan tambahan kerajaan bernilai sehingga RM600 setahun merangkumi RM480 simpanan KWSP dan RM120 caruman Skim PERKESO
Pendaftaran Kasih Suri Keluarga Malaysia boleh dibuat melalui kiosk atau kaunter KWSP terdekat dengan membawa dokumen pengenalan diri
Maklumat Lanjut
Intipati Bajet 2023 boleh rujuk di Ringkasan Intipati bajet 2023 manakala maklumat lanjut mengenai Kasih Suri Keluarga Malaysia atau i-Suri boleh rujuk Permohonan Bantuan RM480 Untuk Suri Rumah