Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan sebuah program untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan yang tidak berkemampuan ataupun berpendapatan rendah.
Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah sebuah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia.
Semua rumah yang dibawah dibawah program PPR akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2)
Berikut kami kongsikan maklumat terperinci dan cara untuk membuat permohonan.
Program Perumahan Rakyat (PPR)
Untuk pengetahuan anda, terdapat dua kategori dalam PPR:
PPR Disewa
- Bayaran RM124 sebulan
PPR Dimiliki
- RM35,000 seunit (Semenanjung Malaysia)
- RM42,000 seunit (Sabah dan Sarawak)
Rekabentuk & Ciri-Ciri Rumah PPR
Berikut adalah rekabentuk dan ciri-ciri rumah PPR:
1. Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 6 hingga 18 tingkat
2. Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
3. Keluasan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
4. Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti / Ruang Orang Ramai
- Surau / Ruang Solat
- Gerai Makan / Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan / Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
Syarat Kelayakan Permohonan PPR
Berikut merupakan syarat kelayakan untuk membuat permohonan rumah PPR:
- Pemohon dan pasangan mestilah Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
- Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
Baca Juga:
Cara Membuat Permohonan Rumah PPR
Permohonan PPR 2022 hanya boleh dilakukan di atas talian sahaja. Permohonan secara manual tidak diterima buat masa sekarang.
Langkah permohonan adalah seperti berikut
- Layari laman Web SPRN di https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
- Daftar maklumat anda di laman web tersebut dengan memasukkan nama penuh, kad pengenalan dan emel anda
- Selesai memasukkan maklumat, anda perlu log masuk ke portal SPRN
- Pilih Skim mengikut kelayakan anda
- Lengkapkan maklumat permohon dengan tepat dan sahih
- Pilih projek (PPR disewa atau PPR dimiliki)
- Muat naik dokumen sokongan yang diminta
- Buat pengesahan dan hantar permohonan anda
- Semakan status permohonan anda boleh dibuat di portal https://spkpm.lphs.gov.my/check
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan rumah PPR, anda boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah:
Skim PPR
- 03-8891 4052 (Selangor, Melaka, Johor, Negeri Sembilan)
- 03-8891 4278 (Kuala Lumput, Sabah, Sarawak)
- 03-8891 4028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)
Teknikal / Masalah Sistem
- Telefon: 03-8891 4475
- Emel: teduh@kpkt.gov.my
Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta
- Telefon: 03-8891 4200