TERKINI: Kerajaan Benarkan Pengeluaran KWSP. Ini Penjelasannya!

TERKINI: Kerajaan Benarkan Pengeluaran KWSP? Ini Penjelasannya!

Kuala Lumpur: Keputusan kerajaan bagi membenarkan pengeluaran tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bergantung kepada dasar jangka masa pendek kerajaan sekarang.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Firdaos Rosli berkata, keputusan kerajaan hari ini akan meninggalkan kesan kepada dasar jangka panjang kerajaan yang akan datang.

Katanya, namun begitu dasar ini (kebenaran pengeluaran KWSP) adalah budi bicara kerajaan dan ia terpulang kepada kerajaan untuk menentukannya.

“Namun begitu, pendapat peribadi saya berbeza dengan ramai pakar ekonomi yang lain, ini kerana caruman KWSP bertujuan untuk membolehkan pencarum mempunyai simpanan hari tua berdasarkan kepada tahap produktiviti sepanjang tempoh umur pekerjaan seseorang pencarum.

“Justeru, pengeluaran caruman boleh diberi supaya pencarum boleh menabung lebih pada kemudian hari melalui peningkatan tahap pendidikan, peningkatan kemahiran ataupun harta serta aset yang lebih tinggi.

“Ini membolehkan pencarum menabung lebih selari dengan peningkatan produktiviti sekiranya kebenaran pengeluaran KWSP diberi sekali lagi.

“Manakala, bantuan fiskal hanya perlu diberikan oleh pihak kerajaan melalui hasil cukai, bukan cukai ataupun hutang negara,”.

Ditanya apakah kebaikan jika kerajaan sekali lagi membenarkan pengeluaran KWSP, beliau tidak berpendapat bahawa ekonomi dunia akan berdepan dengan ancaman kemelesetan ekonomi secara mengejut.

Namun begitu, menurutnya, jika ekonomi negara diancam oleh kemelesetan ekonomi dunia, kerajaan harus memainkan peranan mereka untuk mengurangkan impak ini melalui hasil cukai atau bukan cukai, mahupun melalui hutang negara.

“Prestasi ekonomi kita masih stabil dan baik selagi tiada kejutan penawaran luar jangka.


“Mengenai kira-kira 6.1 juta pencarum yang mempunyai simpanan kurang RM10,000, selain pengeluaran KWSP antara langkah yang kerajaan boleh bantu mereka adalah dengan menggalakkan caruman secara sukarela (voluntary contribution) melalui insentif kewangan, contohnya bonus dividen.

“Kerajaan juga boleh memberi lebih banyak lagi peluang pekerjaan yang bergaji atau berteknologi tinggi supaya caruman KWSP lebih tinggi dan meningkatkan umur persaraan supaya pencarum dapat mencarum lebih lama,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata ekonomi negara dijangka berkembang dengan kadar yang terpantas di rantau Asean.

“Rakyat Malaysia masih berbelanja dan meminjam walaupun ada tekanan inflasi dunia dan tatkala kadar dasar semalaman (OPR) meningkat sebanyak 100 mata asas.

“Tahun ini, Bank Islam menjangkakan pertumbuhan ekonomi negara akan berkembang sebanyak 4.5 peratus.



“Jangkaan kami juga selari dengan unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia (ADB).

“Unjuran ini tidak mengambil kira kesan positif disebabkan oleh pembukaan ekonomi di negara China dan peningkatan harga minyak RON95 kerana dasar subsidi bersasar,” katanya.

Oleh itu, beliau berkata orang ramai yang masih berharap pengeluaran KWSP kerana risau dengan OPR akan naik tahun ini, bukanlah solusi terbaik untuk membantu peminjam yang berdepan kenaikan ansuran pinjaman mereka.


Sumber: Harian Metro


Penafian 

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.