Tahukah ada, terdapat banyak jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan selagi mana mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.
Sebenarnya anda dibenarkan untuk melakukan pengeluaran sebahagian wang KWSP melalui i-Akaun, untuk tujuan peribadi anda sendiri dan tujuan untuk membina atau ubah suai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan lain-lain.
Kategori Pengeluaran Wang KWSP Yang Dibenarkan
Terdapat dua kategori pengeluaran wang KWSP yang dibenarkan iaitu :
- Pengeluaran sebahagian wang KWSP
- Pengeluaran penuh KWSP
Kriteria Pengeluaran Sebahagian Wang KWSP
Berikut adalah kriteria pengeluaran sebahagian wang KWSP:
1) Pemohon berumur 50 tahun.
- Warganegara dan Bukan Warganegara.
- Berumur di antara 50 hingga sebelum mencapai umur 55 tahun.
- Memiliki simpanan Wang KWSP
2) Tujuan untuk membina rumah
- Warganegara dan Bukan Warganegara.
- Berumur bawah 50 tahun.
- Ahli mestilah Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.
- Ahli/pasangan ahli akan membeli tanah serta membina sebuah rumah di atas tanah tersebut.
- Pinjaman mestilah diluluskan oleh pemberi pinjaman yang dibenarkan ATAU pembiayaan sendiri ahli.
- Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan / Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjual atau melupuskan pemilikan. Surat Perjanjian Membina Rumah hendaklah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan.
3) Perumahan fleksibel
- Warganegara dan Penduduk Tetap (PR).
- Berumur bawah 54 tahun. Membeli ATAU Membina rumah kediaman.
- Ahli mempunyai pinjaman perumahan dengan institusi kewangan yang diiktiraf oleh KWSP.
4) Kesihatan
- Warganegara dan Bukan Warganegara.
- Berumur 55 tahun ke bawah.
- Mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
- Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan (Keperluan tambahan).
- Penyakit ATAU Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP.
- Pemohon tidak menerima rawatan alternatif.
5) Pendidikan
- Warganegara dan Bukan Warganegara.
- Berumur 55 tahun ke bawah.
- Mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
- Ahli masih menyambung ATAU telah menamatkan pengajian di peringkat diploma atau setaraf.
- Ahli sedang belajar di institusi domestik (program sepenuh masa, separuh masa, jarak jauh dan francais) ATAU institusi luar negara (program sepenuh masa).
- Ahli ATAU Anak ahli yang berhenti ATAU gagal ATAU tidak tamat ATAU menarik diri daripada pengajian dibenarkan (ini adalah untuk menjelaskan semua tunggakan kepada Institusi
- Pengajian Tinggi (IPT) dalam tempoh 3 tahun selepas tamat pengajian; dan menjelaskan baki pinjaman pendidikan dengan Institusi Pemberi Pinjaman (IPP).
6) Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
- Warganegara dan Bukan Warganegara.
- Di bawah umur 55 tahun.
- Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.
- Ahli telah membeli ATAU membina rumah kediaman.
- Ahli telah didaftarkan sebagai pemilik rumah (Untuk pengeluaran Individu sahaja). Rumah ahli telah didakwa sebagai cagaran.
- Ahli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan.
- Permohonan dibuat setahun sekali dari tarikh permohonan sebelumnya.
- Pinjaman yang telah diluluskan oleh institusi yang diberi kuasa.
7) Perumahan PR1MA
- Warganegara sahaja.
- Berumur 55 tahun ke bawah.
- Ahli adalah pembeli rumah PR1MA.
- Ahli mendapat pinjaman perumahan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF).
- Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU Telah membuat Pengeluaran Perumahan tetapi telah menjual dan melepaskan hak milik harta tersebut.
8) Simpanan melebihi RM 1 juta
- Warganegara dan Bukan Warganegara.
- Berumur 55 tahun ke bawah.
- Ahli hendaklah mempunyai simpanan melebihi RM1 juta dalam KWSP.
9) Beli rumah
- Warganegara dan Bukan Warganegara.
- Berumur 55 tahun ke bawah.
- Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.
- Ahli membeli rumah kediaman.
- Pinjaman hendaklah diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan ATAU pembiayaan sendiri.
- Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya ATAU melupuskan pemilikan.
10) Ansuran bulanan pinjaman perumahan
- Warganegara dan Bukan Warganegara.
- Berumur 55 tahun ke bawah.
- Mempunyai sekurang-kurangnya RM600 dalam Akaun 2.
- Ahli membeli ATAU membina sebuah rumah kediaman.
- Ahli masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP.
- Ansuran bulanan pembayaran perumahan telah bermula.
11) Haji
- Berumur 55 tahun ke bawah.
- Ahli telah dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH (Lembaga Tabung Haji).
- Ahli tidak pernah memohon pengeluaran haji.
- Simpanan di LTH (Lembaga Tabung Haji) tidak mencukupi.
Cara Mohon Pengeluaran KWSP Online
Berikut dikongsikan cara untuk membuat pengeluaran KWSP:
Log masuk ke i-akaun KWSP
Klik menu ‘Pengeluaran’
Kemudian klik ‘Permohonan Baru’
Kemudian pilih Jenis Pengeluaran, sila pilih tujuan pengeluaran anda (membina / membeli rumah atau sebagainya)
Seterusnya Nama Institusi, sila pilih nama bank tempat anda membeli rumah / yang berkaitan
Klik Seterusnya dan ikut langkah sehingga selesai permohonan pengeluaran
Dalam masa beberapa hari, anda akan menerima SMS yang menyatakan anda perlu ke KWSP untuk urusan pengesahan cap jari
Keputusan pengeluaran sebahagian wang KWSP anda akan mengambil masa 10 hari bekerja.
Dan siap!. Anda hanya perlu tunggu pengesahan. Bila sudah disahkan, wang pengeluaran yang anda mohon akan dimasukkan terus ke akaun bank anda.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan pengeluaran KWSP, sila hubungi
- Telefon: 03-8922 6000
- Faks: 03-8922 6222
- Laman Web KWSP: https://www.kwsp.gov.my/ms/home
Masa Operasi KWSP: Isnin – Jumaat (8:00 Pagi – 5:00 Petang), kecualai pada sabtu, ahad, hari kelepasan Am Persekutuan dan Hari kelepasan Selangor.
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.