Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjeas. Selaras dengan itu, Kerrajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada insitiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Maka dengan itu, bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kan terus di tambah baik.
Kategori Penerima STR 2023
Berikut dikongsikan senarai penerima untuk pembayaran STR:
Jumlah Pembayaran Sumbangan Tunai Rakyat (STR) 2023
Berikut adalah jumlah pembayaran bagi STR 2023:
*walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran jumlah pembayaran keseluruhan STR 2023. Info terkini mengenai pembayaran STR akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
STR Fasa 2: Tarikh & Jumlah Bayaran
Untuk pembayaran STR Fasa 2, belum ada kenyataan rasmi dari pihak kerajaan Malaysia. Kemungkinan dijangkakan kategori isi rumah akan menerima bayaran fasa 2 dengan kadar jumlah bayaran yang akan diumumkan.
Tarikh pembayaran dijangkakan akan diberikan selewat-lewatnya sebelum pertengahan tahun ini. Jika dilihat pembayaran BKM pada tahun lalu, jarak bayaran fasa 1 dan fasa 2 adalah tiga bulan. Segala maklumat terbaru berkenaa STR akan kami kemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum rakyat Malaysia.
Proses Pembayaran
Proses pembayaran STR akan mula dikreditkan pada:
- Ada Akaun – Pengkreditan ke akaun secara berperingkat
- Tiada Akauan – Penuanian di cawangan BSN
Semakan Status Pembayaran
Semakan status pembayaran boleh dibuat menerusi laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Cara Membuat Permohonan & Kemaskini
Setakat ini pihak LHDNM tidak mengeluarkan sebarang pernyataan berkenaan permohonan yang tidak lulus dan begitu juga dengan pengemaskinian akaun. Namun begitu, kemungkinan permohonan baru atau rayuan serta kemaskini akaun akan dibuka sejurus selepas pembayaran Fasa 1 selesai.
Sama-sama kita nantikan dan kami akan memberi info dari semasa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai pembayaran STR Fasa 1, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.