Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada insitiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Maka dengan itu, bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kan terus di tambah baik.
Jumlah Pembayaran Sumbangan Tunai Rakyat (STR) 2023
Berikut adalah jumlah pembayaran bagi STR 2023:
STR Fasa 4: Tarikh & Jumlah Bayaran
Untuk pengetahuan umum, baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan pembayaran STR fasa 2 secara kredit terus dan tebus tunai di cawangan BSN.
Manakala, tarikh bayaran STR Fasa 4 akan bermula pada NOVEMBER 2023.
Jumlah Bayaran STR Fasa 4
Berikut adalah jumlah bayaran STR Fasa 4 mengikut setiap kategori:
Isi Rumah Tiada Had Umur
Pendapatan < RM2,500
- Tiada Anak: RM200
- 1 – 2 Anak: RM600
- 3 – 4 Anak: RM900
- > 5 Anak: RM1200
Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Tiada Anak: RM0
- 1 – 2 Anak: RM0
- 3 – 4 Anak: RM300
- > 5 Anak: RM500
Bujang
- Warga Emas Sebatang Kara > 60 Tahun: RM200
- Bujang 21 – 59 Tahun: RM0
- Bujang OKU 19 – 59 Tahun: RM0
Sumbangan Tunai Rahmah 2023
Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak
Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih
Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga barangan makanan asas bernilai RM600
Ini bermakna keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100
Kadar Tambahan Bayaran STR 2023
Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenalpasti berasa dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
- Penerima isi rumah yang tersenari sebagai Miskin Tegar yang berdaftar dalam e-Kasih
- Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.
Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.
Proses Pembayaran
Proses pembayaran STR akan mula dikreditkan pada:
- Ada Akaun – Pengkreditan ke akaun secara berperingkat
- Tiada Akauan – Penuanian di cawangan BSN
Semakan Status Pembayaran
Semakan status pembayaran boleh dibuat menerusi laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Cara Membuat Permohonan & Kemaskini
Setakat ini pihak LHDNM tidak mengeluarkan sebarang pernyataan berkenaan permohonan yang tidak lulus dan begitu juga dengan pengemaskinian akaun. Namun begitu, kemungkinan permohonan baru atau rayuan serta kemaskini akaun akan dibuka sejurus selepas pembayaran Fasa 1 selesai.
Sama-sama kita nantikan dan kami akan memberi info dari semasa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai pembayaran STR, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.