Berita gembira buat mereka yang tengah mencari pekerjaan. Kini, Telekom Malaysia Berhad menawarkan latihan insentif bagi graduan ijazah untuk menjadi sebahagian dari mereka. Telekom Malaysia Berhad juga telah menawarkan elaun sebanyak RM2000 sebulan bagi menampung apa-apa perbelanjaan apabila menjalani latihan bersama mereka. Jadi, tunggu apa lagi? Mohonlah dengan segera untuk mendapatkan peluang bekerja di syarikat telekomunikasi gergasi ini.
Sebelum itu, marilah kita teliti maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara permohonan di bawah:-
JAWATAN YANG DITAWARKAN
- TM Executive Leadership Industrial Training (TM ELIT)
GAJI/ELAUN/MANFAAT
- Elaun – RM2000 Sebulan
- Insurans pesakit dalam/pesakit luar
- Suasana bekerja yang baik
- Peluang untuk mempelajari ilmu baharu
MASA LATIHAN
- Latihan Insaniah selama sebulan di MMU
- Latihan On-The-Job selama 7 bulan
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur 30 tahun dan ke bawah
- Pemegang Ijazah Sarjana Muda dari IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan.
- CGPA: 2.7 >
- Mematuhi syarat-syarat kelayakan akademik/kriteria kursus yang ditetapkan oleh Telekom Malaysia Berhad.
Lihat syarat/kriteria kursus diperlukan di bawah:-
SYARAT/KRITERIA KURSUS YANG DIPERLUKAN
CARA PERMOHONAN
- Sila daftar terlebih dahulu untuk memohon jawatan yang diinginkan.
- Setelah selesai mendaftar, lengkapkan resume anda dengan maklumat yang sahih dan tepat.
- Pilih jawatan yang diinginkan dan hantar permohonan jawatan anda.
- Semoga berjaya!
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
INFO TAMBAHAN
Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.
Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak