5 Perkara Makruh Di Bulan Ramadan
Umat Islam bakal bertemu lagi dengan bulan Ramadan yang penuh keberkatan tidak lama lagi. Bulan yang istimewa di mana seluruh umat islam yang baligh dan berakal akan berpuasa dari subuh sehinggalah matahari terbenam.
Di dalam Islam, berpuasa bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga, malah menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti memasukkan sesuatu ke dalam tubuh,
Perkara Makruh Ketika Berpuasa
1. Tidur Sepanjang Hari
Sepanjang bulan ramadan, adalah digalakan kepada umat islam untuk memperbanyakkan amal ibadat.
Tidur sepanjang hari tidak termasuk di dalam perkara yang membatalkan puasa seperti yang disebut oleh imam nawawi di dalam Raudah al-Talibin :
وَلَوْ نَامَ جَمِيعَ النَّهَارِ، صَحَّ صَوْمُهُ عَلَى الصَّحِيحِ الْمَعْرُوفِ
Maksudnya: Dan jika tidur seseorang itu sepanjang siang hari, maka sah puasanya menurut pendapat yang sahih lagi diketahui
Namun, ianya dapat mengurangkan kelebihan berpuasa serta berlawanan dengan adab bertemu ramadan.
Ini jelas bahawa kesusahan dalam menghadapi bulan ramadhan merupakan salah satu hikmah berpuasa. Kerana tujuan bulan ramadan itu adalah sebagai satu tarbiah dan didikan kepada hambaNya supaya sentiasa mengawal diri dan nafsu daripada memenuhi keinginannya serta sentiasa mengingati Allah SWT.
Imam Malik menyebut dalam Mawahib al-Jalil :
“Di antara perkara makruh ketika berpuasa adalah banyak tidur pada siang hari di bulan ramdhan.”
2. Bercakap Perkara Yang Tidak Berfaedah
Dr Muhammad Zuhaili menyebut dalam kitabnya Taqrirat al-Sadidah bahawa :
“Di antara perkara makruh yang dilakukan ketika berpuasa adalah banyak tidur dan bercakap perkara yang tidak berfaedah.”
Bercakap perkara yang tidak berfaedah ini takut-takut akan menghapuskan pahala kita yang selalunya akan membawa kepada bercakap perkara-perkara yang buruk tentang orang lain.
SEDANG TRENDING ========
Jadual Waktu Berbuka Puasa Lengkap Mengikut Kawasan
3. Berlebihan Memasukkan Air Ke Dalam Hidung
Memasukkan air ke dalam hidung merupakan salah satu sunnah nabi dalam amalan berwudhuk.
Namun, sekiranya dilakukan berlebihan sehingga air masuk ke dalam pangkal hidung ketika berpuasa boleh membatalkan puasa.
4. Memakai Lipstick Ketika Puasa
Memakai gincu adalah tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa. Selagi mana gincu/lipstick itu tidak termasuk ke dalam rongga.
Sekadar merasa lipstick di lidah tidak membatalkan puasa.
Ini berdasarkan fatwa Ibn ‘Abbas R.Anhuma mengenai merasa makanan yang mana menyebutkan :
“Tidak mengapa untuk merasa cuka atau yang lainnya, selagi tidak memasuki tekaknya dan dia sedang berpuasa”.Namun jika merasanya tanpa hajat yang memerlukan maka ianya termasuk dalam perkara yang makruh.
Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah berkata di dalam Majmuk al-Fatawa :
Merasa makanan adalah makruh sekiranya tiada hajat tetapi ianya tidak membatalkan puasa. Sekiranya terdapat hajat (untuk merasanya) maka ianya seperti al-Madhmadhoh (berkumur)”.
5. Bersuntik Ketika Puasa
Suntikan yang mengandungi rawatan dan boleh memberi tenaga, tidaklah batal puasa, seperti dinukilkan oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya, Fiqh al-Siyam.
Ini bertepatan dengan kalam Imam Nawawi dalam al-Majmu’ menyebut: “Jika dimasukkan ubat ke dalam daging betis atau ditusuk dengan pisau dan lainnya sehingga sampai ubat tersebut kepada otak, nescaya tidak batal puasa tanpa khilaf kerana ia tidak termasuk dalam anggota rongga terbuka.”
Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2024/1445H :
- Selasa, 12 Mac 2024 (1 Ramadhan 1445H)
Nota: tarikh yang tepat dan rasmi akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 10 Mac 2024.
Jadual Waktu Berbuka Puasa Mengikut Negeri Tahun 2024
Berikut dikongsikan jadual waktu berbuka puasa mengikut negeri tahun 2024, anda boleh ‘klik’ mengikut negeri tempat anda menetap:
- Selangor
- Kedah
- Perlis
- Pulau Pinang
- Perak
- Sabah
- Sarawak
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Johor
- Pahang
- Terengganu
- Kelantan
- Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan)
Tarikh Melihat Anak bulan Ramadhan
Tarikh melihat anak bulan Ramadhan untuk menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia adalah pada:
- Ahad, 10 Mac 2024 (29 Syaaban 1445H)
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah memaklumkan bahawa Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh Permulaan Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan diumumkan melalui radio dan televisyen.
Doa Berbuka Puasa
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.