Anda graduan Ijazah Sarjana Muda? Masih tercari pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang anda? Usah risau, kerana ada berita gembira buat anda. Kini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah membuka 86 kekosongan jawatan Pegawai Penerangan Gred S41 dengan pelbagai bidang yang diperlukan.
Oleh itu kepada graduan yang berwarganergara Malaysia dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini, anda bolehlah meneliti maklumat di bawah untuk mengetahui syarat-syarat dan cara permohonan.
JAWATAN YANG DITAWARKAN
Pegawai Penerangan Gred S41
GAJI
RM2078.00 – RM9544.00
Kenaikan tahunan: RM225.00
PENGKHUSUSAN YANG DIPERLUKAN
Berikut merupakan pengkhususan yang diperlukan untuk jawatan ini:-
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
- Menepati syarat-syarat akademik minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia
- Kemas
- Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan
CARA MEMOHON
- Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, anda bolehlah melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 9 (SPA9).
- Jika anda tidak mempunyai akaun SPA9 anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut.
- Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian JAWATAN YANG DIMOHON.
- Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih.
- Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang.
- Selamat maju jaya!
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
23 SEPTEMBER 2021 (KHAMIS) 11.59 MALAM
INFO TAMBAHAN
Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.
Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak