Anda graduan Sijil/Diploma yang mengambil bidang Kejuruteraan Kimia? Masih tercari pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang anda? Usah risau, kerana ada berita gembira buat anda. Kini, Kementerian Sumber Manusia telah membuka 10 kekosongan jawatan Penolong Pemeriksa Kilang & Jentera Gred JA29 (Kejuruteraan Kimia).
Oleh itu kepada calon yang berwarganegara Malaysia dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini, anda bolehlah meneliti maklumat di bawah untuk mengetahui syarat-syarat dan cara permohonan.
JAWATAN YANG DITAWARKAN
Penolong Pemeriksa Kilang & Jentera Gred JA29 (Kejuruteraan Kimia)
GAJI
RM1549.00 – RM5701.00
Kenaikan tahunan: RM145.00
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Mempunyai Sijil Kejuruteraan/Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
- Menepati syarat-syarat akademik minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia
- Kemas
- Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan
CARA MEMOHON
- Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, anda bolehlah melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 9 (SPA9).
- Jika anda tidak mempunyai akaun SPA9 anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut.
- Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian JAWATAN YANG DIMOHON.
- Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih.
- Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang.
- Selamat maju jaya!
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
27 SEPTEMBER 2021 (ISNIN) 11.59 MALAM
INFO TAMBAHAN
Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.
Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak