Semakan Status STR Fasa 3

Semakan Status STR Fasa 3

Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada insitiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Maka dengan itu, bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus di tambah baik.

Penerima STR Fasa 3

LHDN memaklumkan bahawa penerima bayaran fasa 2 adalah merujuk kepada penerima fasa 1 yang telah disemak silang dengan data pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari 2023.

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini yang bukan penerima Fasa 1 dan 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak

Semakan Status STR Fasa 3

Jumlah Bayaran STR Fasa 3

Berikut adalah jumlah bayaran STR Fasa 3 mengikut setiap kategori:

Isi Rumah Tiada Had Umur

Pendapatan < RM2500

  • Tiada Anak: RM300
  • 1 – 2 Anak: RM400
  • 3 – 4 Anak: RM600
  • > 5 Anak: RM800

Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Tiada Anak: 0
  • 1 – 2 Anak: RM150
  • 3 – 4 Anal: RM200
  • > 5 Anak: RM250

Bujang

  • Warga Emas Sebatang Kara >60 Tahun: RM200
  • Bujang 21 – 59 Tahun: RM150
  • Bujang OKU 19 – 59 Tahun: RM150

Semakan Status STR Fasa 3

Baca Juga

Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Tarikh bayaran sumbangan tunai rahmah fasa 3 adalah pada Julai 2023

Semakan Status STR Fasa 3

Semakan status str fasa 3 boleh dibuat di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Semakan status STR fasa 3 boleh layari laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau boleh hubungan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Soalan Lazim

Siapakah yang layak menerima STR?

Permohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

Isi Rumah

  • Kahwin: atau
  • Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menepari syarat dan
  • pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Warga Emas Tiada Pasangan

  • Bujang atau ibu baoa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • had umur adalh 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Bujang

  • Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • had umur adalah 21 -59 tahun; dan
  • pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Bagaimanakah kaedah bayaran STR dilaksanakan?

Kaedah pembayaran adalah seperti berikut:

  • Akaun Bank – Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat
  • Tunai di Kaunter BSN – pembayaran dilakukan secara tunai sekiranya tiada maklumat akaun bank & status pengkreditan gagal kredit

Siapakah yang layak terima kadar tambahan RM600 STR?

Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

  • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

Bagaimanakan kaedah penyaluran sumbangan kadar tambahan STR RM600?

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan pengkreditan melalui akaun bank.

Cara membuat semakan status STR fasa 3?

Semakan Status STR fasa 3 boleh dibuat di laman web STR