Aplikasi Maybank2U MY Ditamatkan Bermula 30 Jun ~ Ini Sebabnya!
Maybank kini memaklumkan semua kemas kini aplikasi Maybank2u MY akan dihentikan dan tidak lagi boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery bermula 30 Jun 2024.
Menurut Maybank, jika aplikasi Maybank2u MY masih berada dalam peranti selepas tarikh tersebut, ia masih boleh diakses sekurang-kurangnya buat masa ini. Walau bagaimanapun, pengguna disyorkan berpindah ke aplikasi MAE agar boleh meneruskan transaksi tanpa sebarang gangguan.
TENGAH TRENDING:—————————
- Permohonan My Subsidi Diesel 2024 Kini Dibuka
- Bantuan Tambahan RM1000 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
———————————————————
Aplikasi MAE Mempunyai Ciri Yang Sama Seperti Maybank2U MY
Aplikasi MAE juga mempunyai setiap ciri yang sama seperti Maybank2U dan banyak lagi bahkan lengkap dengan fungsi perbankan serta langkah keselamatan yang dipertingkatkan untuk melindungi aktiviti perbankan dalam talian.
Seperti Maybank2u MY, pengguna boleh mengakses semua akaun bank di aplikasi MAE dengan menggunakan ID M2U ketika log masuk.
Muat turun aplikasi MAE boleh dilakukan melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Sebagai alternatif, pengguna juga masih boleh mengakses akaun melalui laman web Maybank2u di www.maybank2u.com.my. Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi MAE, boleh lihat DI SINI.
Pada masa yang sama, CIMB Bank pada bulan lalu turut mengumumkan langkah yang sama dengan pengalihan keluar aplikasi CIMB Clicks dari gedung aplikasi bermula 11 Jun dan menggantikannya dengan CIMB OCTO.
SUMBER : MAYBANK
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.