Menteri Kewangan, Tengku Dato Sri Zafrul Tengku Abdul Azizi memaklumkan bahawa Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa dua akan dibayar secara berperingkat mulai 7 Mei (Jumaat).
Menurut kemaskini Kementerian Kewangan, pembayaran buat penerima isi rumah, warga emas dan individu bujang akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing bermula 7 hingga 12 Mei ini.
Sementara itu, penerima yang tidak mempunyai akaun termasuk di Sabah dan Sarawak perlu membuat tuntutan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di mana pihak bank akan mengeluarkan panduan SOP dari masa ke masa.
Pembayaran ini melibatkan RM2.75 bilion bagi 8.4 juta pengguna. Selain itu, beliau juga memaklumkan bahawa tempoh permohonan rayuan BPR fasa dua akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun ini.
Semakan status kelulusan boleh dibuat bermula 7 Mei ini di sini.
Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak