Anda merupakan penjawat awam? Masih mancari rumah pertama dengan harga yang murah? Penat asyik tengok rumah yang bermula harga dengan 4 dan 5? Hah, Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) ini mungkin solusinya. PPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam.
Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.
Nak tahu lebih lanjut mengenai PPAM ini? Mari lihat maklumat, syarat kelayakan dan juga cara permohonan di bawah:-
NAMA PROJEK
HARGA RUMAH
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Perkhidmatan Awam Persekutuan
- Badan Berkanun Persekutuan
- Pihak Berkuasa Tempatan
- Perkhidmatan Awam Negeri
- Badan Berkanun Negeri
- Berwarganegara Malaysia
- Penjawat Awam (Lantikan tetap ataupun kontrak)
- Penjawat Awam yang telah bersara, memiliki skim dan kad bersara
- Moratorium 10 tahun disediakan
- Boleh memohon lebih dari satu projek
CARA MEMOHON
-
Semua permohonan PPAM selain Putrajaya hanya boleh dibuat melalui laman web www.ppam.gov.my manakala permohonan bagi projek di Putrajaya boleh dibuat di http://ppam.putrajaya.gov.my/.
-
Tiada borang secara manual.
-
Pemohon boleh merujuk manual pengguna di http://www.ppam.gov.my/themes/ppam-portal/assets/manual/pemohon.pdf
-
Untuk melihat senarai projek perumahan beserta dengan harga yang dibuka pada masa ini, anda bolehlah melayari portal di bawah:- (https://www.ppam.gov.my/project/list)
-
Status permohonan boleh disemak di portal PPAM dan melalui aplikasi mobile dan rujuk status permohonan:-
-
Lengkap : Sedang disemak oleh PPAM.
-
Pengundian Seterusnya : Undian telah dilaksanakan namun permohonan belum berjaya mendapat tawaran, undian semula akan dibuat semula sekiranya terdapat kekosongan pada masa akan datang.
-
Ditawarkan : Telah berjaya mendapat tawaran untuk projek yang telah dimohon.
-
Tidak Ditawarkan : Permohonan tidak lengkap / Tidak berjaya dalam Undian.
- Keputusan permohonan boleh disemak selepas tempoh selepas 14 hingga 30 hari iklan ditutup di laman web PPAM dan tertakluk kepada jumlah permohonan diterima.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Pemohon hanya perlu melengkapkan borang profil dan permohonan serta memuat naik dokumen-dokumen berikut:-
-
Salinan kad pengenalan
-
Salinan kad pengenalan pasangan (sekiranya berkaitan)
-
Salinan slip gaji terkini
-
Salinan kad pesara ( bagi pesara dan permohonan anak pesara)
-
Salinan surat beranak (bagi permohonan anak pesara)
MAKLUMAT LANJUT
CAWANGAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM MALAYSIA
BAHAGIAN PENGURUSAN PERUMAHAN
JABATAN PERUMAHAN NEGARA
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Aras 35, No.51 Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya
Malaysia
INFO TAMBAHAN
Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak