Anda tergolong dalam senarai Orang Kurang Upaya (OKU)? Ini skim bantuan yang boleh dipohon

 Berita gembira buat mereka yang tergolong dalam senarai Orang Kurang Upaya (OKU). Tahun 2021 ini, terdapat bantuan untuk mereka yang kurang upaya di Malaysia. Bantuan ini dikelolakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Kepada sesiapa yang layak, bolehlah membuat permohonan mengikut pautan yang akan diberikan.


Sebelum membuat permohonan bantuan ini, anda perlu mematuhi syarat-syarat dan cara memohon dengan teliti mengikut perkara di bawah:- 

SYARAT WAJIB

Anda terlebih dahulu perlulah berdaftar dahulu dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan telah memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU)

BANTUAN OKU YANG DITAWARKAN

Berikut merupakan bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) yang boleh dimohon bagi mereka yang berkelayakan. Anda boleh tekan link yang telah disediakan di bawah untuk keterangan lanjut mengenai bantuan-bantuan ini :- 

Elaun Pekerja Cacat 
 Jumlah bantuan: RM450 sebulan seorang 
 Link bantuan     : Tekan sini

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja 
Jumlah bantuan: RM300 sebulan seorang
Link bantuan     : Tekan sini

Bantuan Penjagaan OKU terlantar/Pesakit Kronik Terlantar

Jumlah bantuan : RM500 sebulan seorang
Link bantuan      : Tekan sini

Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan
Jumlah bantuan : Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan
Link bantuan       : Tekan sini 

Geran Pelancaran (GP)
Jumlah bantuan    : Maksimum RM2700 sekaligus
Link bantuan         : Tekan sini

CARA MEMOHON BANTUAN OKU

Jika anda berkelayakan dan tersenarai dalam kategori di atas, anda bolehlah merujuk panduan bagi memohon bantuan OKU dibawah. Sila baca dengan teliti:- 

Permohonan bantuan OKU secara manual (tanpa talian on-line)
  1. Layari laman web http://www.jkm.gov.my/.
  2. Klik Perkhidmatan.
  3. Klik Skim Bantuan Kebajikan.
  4. Pada bahagian cara permohonan di bawah sekali, borang JKM18 (Borang Permohonan Bantuan) akan dipaparkan.
  5. Tekan link (Klik disini untuk memuat turun borong tersebut).
  6. Isikan permohonan dengan maklumat yang jelas dan diperlukan seperti yang berikut:
    • Negeri
    • Daerah/Jajahan
    • Mukim
    • Parlimen
    • DUN
    • Perujuk
    • Maklumat asas
    • Maklumat kediaman
    • Maklumat pekerjaan
    • Maklumat ahli keluarga
    • Maklumat kesihatan & ketidakupayaan
    • Maklumat harta
    • Maklumat pendapatan dan perbelanjaan bulanan pemohon/isi rumah
    • Maklumat waris
    • Perakuaan pemohon
    • Sila bawa senarai semak bersama borang permohonan yang telah dilengkapkan
  7. Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian masing-masing.
  8. Tekan link ini bagi untuk membuat carian Pejabat Kebajikan yang berdekatan dengan anda.

 Permohonan bantuan OKU secara atas talian/on-line

  1. Layari laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat. Klik di sini untuk melayari laman web tersebut.
  2. Tekan Daftar Permohonan Atas Talian.
  3. Laman yang tertera akan memaparkan dokumen-dokumen yang diperlukan sebagai keperluan anda untuk hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah.
  4. Dokumen-dokumen tersebut perlu dihantar dalam kadar masa 14 hari selepas membuat  permohonan secara atas talian/online.
  5. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan sistem tersebut membatalkan permohonan secara automatik.
  6. Antara dokumen yang diperlukan:
    • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan pemohon
    • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga pemohon yang tinggal bersama
    • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
    • Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
    • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU
    • Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta
  7. Tekan Daftar Permohonan untuk memulakan pendaftaran bantuan anda.
  8. Pilih Negeri.
  9. Masukkan MyKad anda pada ruangan No. Kad Pengenalan Baru.
  10. Klik Daftar.
  11. Isikan permohonan dengan maklumat yang betul dan diperlukan seperti berikut:
    • Negeri
    • Daerah/Jajahan
    • Mukim
    • Parlimen
    • DUN
    • Perujuk
    • Maklumat asas
    • Maklumat kediaman
    • Maklumat pekerjaan
    • Maklumat ahli keluarga
    • Maklumat kesihatan & ketidakupayaan
    • Maklumat harta
    • Maklumat pendapatan dan perbelanjaan bulanan pemohon/isi rumah
    • Maklumat waris
    • Perakuaan pemohon
    • Bawa senarai semak bersama borang permohonan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat masing-masing.
  12. Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian.
  13. Tekan di sini bagi mendapatkan carian Pejabat Kebajikan yang berdekatan dengan anda: 
  14. Tamat.

Semoga dengan perkongsian ini, sesiapa yang terlibat dapat memperhalusi lagi gerak kerja untuk memohon skim bantuan bagi golongan Orang Kurang Upaya. Sila sebarkan bantuan OKU ini untuk mereka yang memerlukan ya! Semoga maju jaya. 


———————————————————————————————


Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak