Bantuan Barangan Dapur RM300 Untuk Semua Keluarga Golongan B40 Di Malaysia

Untuk pengetahuan anda, Program PRIHATIN Kasih adalah merupakan sebuah inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang telah dilaksanakan oleh Yayasan MyKasih dengan sokongan Yayasan Hasanah.

Program ini adalah bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup golongan miskin yang terjejas teruk akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Untuk makluman, melalui program ini pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk melaksanakan program ini yang dijangka akan memberikan manfaat kepada lebih 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara.

PROGRAM PRIHATIN KASIH

Program PRIHATIN Kasih adalah merupakan bantuan yang disalurkan kepada golongan isi rumah miskin bandar dengan kaedah pembayaran tanpa tunai menerusi MyKad.

Penerima yang layak akan menerima RM100 sebulan selama 3 bulan yang akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun MyKad mereka yang mana ia boleh digunakan bagi tujuan membeli barang keperluan seperti makanan tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur dan lain-lain lagi.

LOKASI PEMBELIAN

Para penerima boleh membeli barangan keperluan di 300 rantaian pasar raya dan kedai seluruh negara seperti:

  • Giant
  • Mydin
  • Econsave
  • The Store
  • Pacific
  • Milimewa
  • 99 Speedmart
  • Lotus Stores (Tesco)
  • Kedai-kedai runcit yang terpilih

BULAN PELAKSANAAN

  • Julai – September 2021: Selangor & Kuala Lumpur
  • Ogos – Oktober 2021: Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka & Terengganu
  • September – November 2021 / Oktober – Disember 2021: Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah & Sarawak

SEMAKAN KELAYAKAN

  • Sila buka laman web MyKasih
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan kod captcha
  • Tekan butang “Semak Status”
  • Keputusan kelayakan akan dipaparkan
  • Para penerima yang layak akan menerima SMS daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka
  • Para penerima perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang permasalahan dan pertanyaan berkaitan Program PRIHATIN Kasih, anda boleh KLIK SINI