Bermula 10 Januari, sebuah bantuan akan mula disalurkan oleh pihak kerajaan sama ada berbentuk wang tunai mahupun baucar.
Menurut Perdana Menteri, bantuan ini merupakan bantuan tambahan daripada Bantuan Wang Ihsan (BWI) yang diagihkan sebelum ini.
Siapa Yang Layak?
Mereka yang layak untuk menerima bantuan ini adalah mangsa banjir di seluruh negara
Jumlah Bantuan Yang Diberikan
Bantuan akan diberikan secara tunai dan baucar dan jumlah maksimum bantuan dan baucar adalah RM4,000.
Perincian bantuan adalah seperti berikut:
- Bantuan wang tunai: RM2,500
- Baucar membaiki kenderaan: RM1,000
- Baucar membeli barangan elektrik: RM500
Pengagihan bantuan akan dilaksanakan secara berperingkat di setiap negeri yang terjejas banjir.
Cara Membuat Permohonan
Tiada sebarang permohonan perlu dibuat, hanya perlu menerima pengesahan daripada ketua komuniti atau ketua Pegawai Daerah yang diberi tanggungjawab.
Cara Bayaran Dilakukan
Bantuan akan diberikan terus ke rumah mangsa atau mengumpul para menerima atau melalui akaun bank masing-masing.
SUMBER: Kerjasemasa