Menerusi Belanjawan 2022, kerajaan akan memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai. Untuk makluman anda, lebih 2 juta akan menerima manfaat daripada program ini dengan peruntukkan 300 juta ringgit.
Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meringankan beban yang ditanggung golongan belia serta pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disamping menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai.
Berikut dikongsikan maklumat-maklumat berkaitan bantuan ini.
Jumlah Bantuan
Sebanyak RM150 secara one-off akan diberikan kepada golongan belia yang layak melalui eStart iaitu e-Skim Transaksi Tanpa Tunai.
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan untuk menerima bantuan ini:
- Warganegara Malaysia
- Belia berumur 18 – 20 tahun
- Pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Tarikh & Cara Membuat Permohonan
Tarikh dan cara untuk membuat permohonan bantuan ini masih belum dimaklumkan lagi. Namun brgitu, jika dibandingkan dengan pembayaran e-Wallet pada bulan Mei tahun 2021, dijangkakan tarikh penebusan ialah pada pertengahan 2022.
Kami dari Blog Rojak akan kemaskini maklumat berkaitan bantuan ini dari semasa ke semasa.
Kaedah Penebusan & Cara Pembayaran
Kaedah penebusan dan cara pembayaran belum diumumkan lagi setakat ini. Akan tetapi jika ianya sama seperti e-Wallet 2021, maka cara penebusan boleh dibuat melalui aplikasi Grab, Boost, Touch n Go dan Shopee Pay.
Sama-sama kita nantikan kemaskini dari semasa ke semasa.