Berita baik untuk semua golongan anak muda yang berumur 18 hingga 20 tahun, baru-baru ini Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa terdapat pakej bantuan untuk golongan belia kita. Pakej bantuan ini merupakan bantuan kewangan dari segi E-Wallet.
Sebelum ini, bantuan E-Wallet hanya diberikan sebanyak RM100 sahaja, tetapi pada pengumuman PERKASA pada minggu lalu, Perdana Menteri telah menaikkan bantuan sebanyak RM150.
Jadi, tunggu apa lagi. Mari teliti syarat-syarat dan cara permohonan untuk menuntut bantuan wang E-Wallet anda ini mengikut deskripsi di bawah:-
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Permohonan E-Wallet ini hanya tertakluk kepada anak muda :
- Berumur 18 hingga 20 tahun
- Pelajar pendidikan tinggi sepenuh masa
CARA-CARA PERMOHONAN
- Muat turun aplikasi TouchNGo/Boost/Grab E-Wallet.
- Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih.
- Selepas itu, anda perlu membuat verifikasi akaun mengikut arahan yang akan diberikan.
- Tunggu pengkreditan wang bantuan E-Wallet anda. Pengkreditan ini tertakluk kepada terma dan syarat-syarat bagi mereka yang layak sahaja.
TARIKH PENGKREDITAN E-WALLET
Pengkreditan E-Wallet akan dilakukan seawal bulan JUN 2021
NOTA TAMBAHAN
- Perkongsian ini hanyalah info dan panduan sahaja, jika terdapat sebarang perubahan dari segi syarat dan cara permohonon, kami akan segera kemaskini dan beritahu anda.
- Kami doakan anda semoga terus sukses dan berjaya. Sila sebarkan berita gembira ini kepada sanak-saudara dan rakan tauladan.
Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak