Menerusi Belanjawan 2022, kerajaan akan memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai. Untuk makluman anda, lebih 2 juta akan menerima manfaat daripada program ini dengan peruntukkan 300 juta ringgit.
Berikut dikongsikan maklumat-maklumat berkaitan bantuan ini.
Jumlah Bantuan
Sebanyak RM150 secara one-off akan diberikan kepada golongan belia yang layak melalui eStart iaitu e-Skim Transaksi Tanpa Tunai.
e-Dompet Atau e-Wallet Yang Terlibat
Buat masa ini, tiada diumumkan lagi rangkaian e-wallet yang terlibat. Akan tetapi jika dilihat pada tahun 2021, penebusan program ebelia pemerkasa telah dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi e-wallet berikut:
- Touch n Go eWallet
- Boost
- Grab Pay
- Big Pay
JOIN TELEGRAM RASMI: t.me/blogrojak
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan untuk menerima bantuan ini:
- Warganegara Malaysia
- Belia berumur 18 – 20 tahun
- Pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Tarikh & Cara Membuat Permohonan
Tarikh dan cara untuk membuat permohonan bantuan ini masih belum dimaklumkan lagi. Kami dari Blog Rojak akan kemaskini maklumat berkaitan bantuan ini dari semasa ke semasa.