Bermula tahun 2022 lagi Kerajaan Selangor telah pun melancarkan Bantuan E-Wallet sebanyak RM300 kepada rakyatnya. Bantuan E-Wallet ini adalah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).
Kerajaan Selangor akan memberikan bantuan sebanyak RM3,600 setahun ataupun RM300 sebulan kepada setiap keluarga yang layak pasca COVID-19.
Bantuan E-Wallet RM300 atau BINGKAS ini boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti membeli barangan keperluan rumah, pembayaran yuran dan juga pendidikan anak-anak serta menyara keperluan hidup.
Seramai 30,000 keluarga akan menerima manfaat bantuan kewangan ini secara tidak langsung dapat meringankan beban ketua keluarga untuk membayar keperluan asas untuk tanggungan dalam rumah yang didiami.
APA ITU BINGKAS?
Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu mengharungi pasca pandemik.
Program ini meluaskan capaian dan menambahbaik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) supaya manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja golongan ibu tetapi juga anggota keseluruhan keluarga dengan menyasarkan sebanyak 30,000 buah keluarga dengan bantuan RM 300 bagi setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.
Y.A.B. DATO’ SERI AMIRUDIN BIN SHARI (DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR)
Bingkas merupakan satu program untuk meluaskan lagi capaian dan menambah baik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) melalui pemberian RM300 setiap bulan melalui aplikasi Selangkah dan e-wallet Wavpay.
Seramai 30,000 keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 21 tahun ke bawah berpendapatan bulanan isi rumah kurang RM3,000
TRENDING SEKARANG
Cairkan Daging Cepat – 3 Cara Terbukti Berkesan
Jumlah Bantuan E-Wallet BINGKAS Selangor
Jumlah bantuan yang akan disalurkan adalah RM300 sebulan selama 12 bulan, iaitu berjumlah RM3,600.
Manfaat Bantuan E-Wallet RM300 BINGKAS
- Bantuan e-Wallet RM300 BINGKAS boleh digunakan di kedai serta pasar raya berdaftar
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)
- eWallet akan ditambah nilai secara automatik setiap bulan sebanyak RM300
- Antara barang keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian adalah seperti berikut:
- Roti
- Biskut
- Telur
- Beras
- Gula & Garam
- Buah-buahan dan sayuran
- Daging, ayam dan ikan
- Minyak masak
- Tepung
- Lampin
- Sabun, kelengkapan mandian
- Barangan persekolahan
Syarat Kelayakan
Bantuan ini diperuntukkan untuk keluarga dan ibu tunggal, termasuk yang menerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT) sebelum ini.
Dengan program BINGKAS, bukan sahaja 1 keluarga miskin yang akan mendapatkan bantuan tetapi keluarga-keluarga miskin lain yang tercicir sebelum ini layak untuk mendapat bantuan.
Bukan sahaja 21,000 orang penerima sedia ada di dalam program KISS akan menikmati manfaat daripada BINGKAS tetapi tambahan 9000 kuota di bawah program BINGKAS telah membenarkan permohonan baru supaya tiada yang tercicir.
Syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Pemilik Kad Pengenalan Malaysia;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pemilih/Pengundi berdaftar di Negeri Selangor
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah; dan
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan.
BINGKAS akan meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.
Urusniaga pembelian Program BINGKAS ini sepenuhnya menggunakan kaedah pembelian secara tanpa tunai (cashless / E-Wallet).
Cara Memohon Bantuan E-Wallet RM300
Kepada pemegang / penerima kad KISS di dalam DUN Taman Medan yang masih aktif, nama anda akan dimasukkan secara automatik ke Program BINGKAS ini bermula 1 Julai 2022. Anda hanya perlu mengaktifkan akaun BINGKAS di Wavpay E-Wallet melalui aplikasi Selangkah.
Langkah-langkah untuk mengaktifkan BINGKAS boleh rujuk di sini : Cara Aktifkan BINGKAS
- Selepas akaun BINGKAS anda diaktifkan, anda diberi masa selama 2 bulan (sebelum 31 Ogos 2022) untuk mengemaskini butiran peribadi anda di laman sesawang www.bingkasselangor.com bagi membolehkan anda dapat terus menerima manfaat ini. Jika gagal berbuat demikian atau telah hilang kelayakan, akaun BINGKAS anda akan ditamatkan pada 1 September 2022.
Permohonan Baru Bantuan E-Wallet RM300 BINGKAS
Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan e-Wallet Bingkas ini boleh dikemukakan secara online di sistem pendaftaran BINGKAS
Bagi pemohon baru, sila lampirkan dokumen sokongan berikut :
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
- Pengesahan Penyata pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.