SENARAI BANTUAN JKM YANG BOLEH DIMOHON
Berikut dikongsikan beberapa bantuan daripada JKM yang boleh dimohon sama ada secara bulanan ataupun sekaligus mengikut jenis bantuan:-
BANTUAN BULANAN
Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
Kadar
Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :
- RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
- RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
- Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan
Kriteria Kelayakan Khusus
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis
- Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;
ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan
- kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
Borang Yang Berkaitan
Bantuan Anak Pelihara (BAP)
Kadar
RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
Kriteria Kelayakan Khusus
- Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :-
- Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
- Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
- Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
- Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
- Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
- Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Borang Yang Berkaitan
Bantuan Orang Tua (BOT)
Kadar
RM500 sebulan seorang.
Kriteria Kelayakan Khusus
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di: institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma;
ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Borang Yang Berkaitan
Elaun Pekerja Cacat (EPC)
Kadar
RM450 sebulan seorang.
Kriteria Kelayakan Khusus
- Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang kad OKU JKM;
- Pendapatan bulanan RM 1,500.00 dan ke bawah;
ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
Borang Yang Berkaitan
- JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
- JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
- Borang Permohonan Bantuan OKU Pindaan 2019
Bantuan Am Persekutuan
Kadar
RM100 sebulan seorang. Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.
Kriteria Kelayakan Khusus
Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.
Bantuan Am Negeri.
Kadar
Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga.
Syarat Kelayakan Khusus
- Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain;
ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
Kadar
RM300 sebulan seorang
Kriteria Kelayakan Khusus
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang Kad OKU JKM;
- Tidak berupaya bekerja.
- Pemohon bukan penghuni/ pelatih:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau
- Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
- Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa.
ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Nota: Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain
Borang Yang Berkaitan
- JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
- JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
- Borang Permohonan Bantuan OKU Pindaan 2019
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
Kadar
RM500 sebulan seorang.
Kriteria Kelayakan Khusus
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000;
ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Borang Yang Berkaitan
Bantuan Latihan Perintis (BLP)
Kadar
RM200 sebulan seorang
Syarat Kelayakan Khusus
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
- Kes-kes seliaan akhlak; atau
- Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Nota:
Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.
Borang Yang Berkaitan
____________________________________________________________________
Anda mungkin berminat pada artikel ini
____________________________________________________________________
BANTUAN SEKALIGUS
Geran Pelancaran
Kadar
Maksimum RM2,700 sekaligus.
Kriteria Kelayakan Khusus
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Kumpulan sasar JKM;
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan
Kadar
Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.
Syarat Kelayakan Khusus
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Kumpulan sasar JKM;
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Nota:
Sumbangan daripada keluarga membiayai sebahagian dari kos alat tiruan/ alat sokongan adalah digalakkan.
Jenis Peralatan TIruan / Alat Sokongan
- Anggota Palsu
- Kerusi Roda
- Alat Bantu Pendengaran
- Alat-alat Keperluan Lain
- Penggantian / Baik Pulih Alat
Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas
Kadar
- Maksimum RM20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal.
- Bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan.
PERMOHONAN ONLINE
Berikut dikongsikan cara-cara membuat permohonan secara online:-
- Buka laman web eBantuanJKM
- Tekan “Daftar Permohonan Atas Talian”
- Daftar permohonan Mengikut negeri
- Isikan nombor kad pengenalan
- isikan borang berkaitan
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.
Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Berikut dikongsikan senarai dokumen-dokumen yang diperlukan:-
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
- Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
*Bawa dokumen di atas semasa hadir ke pejabat.
BORANG BERKAITAN
- JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
- JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
- Borang Permohonan Bantuan OKU Pindaan 2019
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat semakan status permohonan bantuan JKM:
- Buka Laman Web eBantuanJKM
- Tekan butang “Semakan Status Permohonan Talian”
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan tekan butang Semak,
- Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.
JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN BULANAN
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda bolehlah menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Bahagian / Jajahan di tempat anda membuat permohonan atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03 – 8000 8000.