Berita baik bagi keluarga yang mempunyai Isi Rumah RM2,500 dan ke bawah, kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan nilai bantuan sebanyak RM2,000 untuk setiap isi rumah di Malaysia. Nilai bantuan ini lebih banyak berbanding sebelum ini yang hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.
Berikut Kami kongsikan kepada anda syarat untuk memohon bantuan ini.
Jumlah Bantuan BKM Isi Rumah 2022
Melalui pembentangan Belanjawan 2022, bantuan akan diberi berdasarkan empat kategori berikut:
Isi Rumah RM2,500 dan kebawah:
- RM2,000: Lebih 3 orang anak
- RM1,500: 1-2 orang anak
- RM1,000: Tiada anak
Isi Rumah RM2,500 – RM5,000:
- RM800: Lebih 3 orang anak
- RM600: 1-2 orang anak
- RM400: Tiada anak
Tambahan Kadar Isi Rumah:
- RM300: Warga Emas
- RM500: Ibu/Bapa tunggal dengan tanggungan
Syarat Kelayakan Pemohon Isi Rumah BKM
Berikut adalah syarat kelayakan pemohon isi rumah BKM:
- Sudah Berkahwin
- Ibu bapa tunggal/ balu/ janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
Tarikh Pembayaran BKM
Setakat ini tiada tarikh terperinci bilakah pembayaran BKM 2022 akan dilaksanakan. Namun begitu, pembayaran dijangkan akan bermula pada bulan Mac 2022. Kami akan kongsikan maklumat pembayaran kepada anda dari semasa ke semasa.
Cara Membuat Permohonan BKM
Untuk Pengetahuan anda, data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.
Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
Permohonan boleh dibuat di https://bkm.hasil.gov.my/
Tarikh Permohonan / Pengemaskinian BKM
Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/