Berita baik bagi rakyat Malaysia, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada mereka yang bekerja di sektor kerajaan. bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta yang akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara.
Bantuan ini diberikan sebagai langkah keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri.
Pemberian ini juga adalah sebagai tanda menghargai jasa serta pengorbanan para penjawat awam dalam menggalas tanggungkawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.
Diharapkan dengan bantuan ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam serta menjadi pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500
Bantuan sebanyak RM500 akan diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan kebawah, termasuk kakitangan di bawah skim Contract of Services, Contract for Service, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM250
Bantuan sebanyak RM250 diberikan kepada pesara kerajaan.
Tarikh Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri
Pembayaran bagi bantuan ini akan dibuat bersama-sama dengan pembayaran gaji pada 25 April 2022.
Lebih Banyak Info Terkini Melalui Telegram: @blogrojak