Sukacitanya, pihak negeri Sabah dengan kerjasama BUDI telah melancarkan satu bantuan khas untuk para pelajar IPT yang mempunyai tawaran menyambung pelajaran di mana-mana universiti-universiti. Bantuan ini khas untuk mereka yang lahir di Negeri Sabah. Oleh itu, bagi mereka yang terfikir untuk menyambung pelajaran dan takut akan kekangan pandemik negara, usah risau kerana anda boleh mencuba untuk memohon bantuan ini.
Jom kita teliti maklumat, syarat dan juga cara permohonan bantuan ini dibawah:-
JENIS BANTUAN YANG DITAWARKAN
- Bantuan ini merupakan inisiatif yang dinamakan BUDI dan dibuka khas untuk keluarga yang berpendapatan B40 dan M40 sahaja.
- Bantuan ini juga dibuka untuk membantu mahasiswa-mahasisiswi yang ingin melanjutkan pelajaran ke mana-mana Institut Pengajian Tinggi Awan (IPTA) dan juga Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
NILAI BANTUAN KEWANGAN BUDI
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Bantuan ini hanya terbuka untuk mereka yang mendapat tawaran kemasukan IPT pada tahun 2021 sahaja.
- Mahasiswa/siswi hendaklah berasal dari NEGERI SABAH.
- Perlu berumur tidak melebihi 25 tahun.
- Ibu bapa ataupun penjaga bagi mahasiswa/siswi perlulah datang dari golongan keluarga yang mempunyai pendapatan RM5000 ke bawah sahaja.
- Bantuan ini hanya tertakluk kepasa siswa/siswi yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.
- Tidak terikat dengan mana-mana biasiswa kerajaan negeri dan selainnya.
- Siswa/siswi yang ingin memohon perlulah mendapatkan pengesahan kemasukan ke IPT.
CARA PERMOHONAN
- PERMOHONAN SECARA TALIAN/ONLINE:–
BORANG PERMOHONAN ONLINE BANTUAN KEWANGAN IPT NEGERI SABAH
- PERMOHONAN SECARA MANUAL:-
BORANG PERMOHONAN BANTUAN SECARA MANUAL
- Salinan Surat beranak (Pemohon dan ibu bapa /penjaga).
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan ibu bapa/penjaga).
- Salinan Slip gaji ibu bapa/penjaga (jika ada pekerjaan) atau surat pengesahan
pendapatan daripada Pegawai Daerah/Ketua Kampung.
- Salinan Slip keputusan SPM/STPM/STAM/DIPLOMA.
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang
berkenaan.
- Salinan muka depan Penyata Akaun pemohon
Perkara 1 & 2 hendaklah disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Perkara 3 hendaklah disahkan benar oleh Majikan/Pegawai Daerah/Ketua Kampung
Perkara 4 hendaklah disahkan benar oleh pihak pendidikan/sekolah atau Institusi
yang berkenaan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
INFO TAMBAHAN
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian dan mengurangkan bebanan untuk menyambung pelajaran ke menara gading. Terus berusaha dan maju jaya.