Bantuan Kerajaan Negeri Sabah ini adalah satu pakej bantuan untuk meringankan beban usahawan mikro dan kotej yang terjejas kesan daripada pandemik Covid-19.
Jenis Bantuan
Bantuan ini adalah bayaran tunai RM300 secara one-off kepada usahawan mikro dan kotej yang layak
Sasaran Bantuan
Usahawan Mikro & Kotej yang mengeluarkan produk dengan pendapatan tahunan RM50,000.00 dan ke bawah.
Kaedah Pembayaran
Bayaran terus ke akaun bank peribadi usahawan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Bantuan Prihatin Covid-19 2.0. Sila pastikan bahawa akaun bank yang dikemukakan adalah masih aktif.
Syarat-syarat Permohonan
- Usahawan mikro dan kotej dengan jumlah jualan tahunan tidak melebihi RM50,000.
- Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia berasal dari Sabah dan beroperasi di Sabah.
- Bantuan ini khusus untuk usahawan Mikro dan Kotej yang sudah beroperasi dan sedang menghasilkan produk sahaja.
- Mempunyai Lesen Perniagaan yang sah.
- Mengisi dengan lengkap borang permohonan Bantuan Prihatin Covid-19 2.0 2021 secara atas talian sahaja.
- Keutamaan adalah diberi kepada usahawan mikro dan kotej yang belum pernah mendapat bantuan dari mana-mana kementerian, jabatan dan agensi dan yang belum pernah mendapat Bantuan IKS (BAIKS) dan Bantuan SND UMC 2020.
- Permohonan daripada kategori perkhidmatan, profesional, kontraktor dan ahli-ahli koperasi yang menggunakan lesen koperasi adalah tidak diterima,
- Sebarang maklumat palsu yang diterima daripada pemohon akan ditolak serta merta.
- Bantuan ini tidak merangkumi kategori penjaja, perkhidmatan, pelancongan, petani, penternak dan nelayan.
Pemohon Harus Menyertakan dokumen sokongan berikut:
a. Salinan kad pengenalan
b. Salinan lesen perniagaan yang sah
c. Gambar premis perniagaan dan produk bersama pemilik