Dalam usaha kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada diperingkat persekutuan mahupun negeri.
Salah satunya adalah melalui bajet 2023 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2022.
Antara yang menarik perhatian adalah penegenalan Program MyPSV.
Program MyPSV
Melalui program MyPSV, kerajaan bersetuju untuk menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing bagi membantu kumpulan B40 khususnya dalam kalangan belia.
Baca Juga
Tujuan Pelaksanaan Program MyPSV
Program ini diperkenalkan bertujuan untuk membantu kumpulan B40 khususnya golongan Belia untuk menjana pendapatan melalui perkhidmatan membawa penumpang seperti teksi, bas dan e-hailing
Jenis Bantuan Di Bawah Program MyPSV
Melalui program ini, kerajaan akan membantu untuk menganggung kos bayaran bagi mendapatkan lesen memandu:
- Teksi
- Bas
- E-Hailing
Maklumat Lanjut
Intipati Bajet 2023 boleh rujuk di Ringkasan Intipati Bajet 2023.