TERKINI : Bantuan Perayaan Khas RM1000
Ipoh: Kerajaan Perak telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK Raya) RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri dan buat julung kalinya mengumumkan bantuan sama kepada 995 ketua kampung di negeri ini.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, selain penjawat awam negeri dan ketua kampung, bantuan itu akan diberikan termasuk kepada guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan (OBJ) serta pekerja sambilan harian.
TENGAH TRENDING:—————————
- TERKINI : Bantuan Perayaan Khas RM500
- TERKINI : Bonus Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM1,200 Sempena Perayaan
———————————————————
Bantuan Perayaan Turut Diberikan Kepada Semua Ketua Kampung
“Buat julung kalinya juga, bantuan khas ini turut dipanjangkan kepada semua 995 ketua kampung di seluruh negeri,” katanya ketika berucap kira-kira 800 hadirin sempena Majlis Berbuka Puasa YAB Menteri Besar bersama penjawat awam negeri Perak di Laman Seri Ridzuan.
Saarani berkata, BKK Raya itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM8.8 juta dan akan memanfaatkan 8,804 penerima.
Difahamkan, bantuan atau bonus yang diberikan itu akan dibayar sebelum Aidilfitri tiba.
Sebagai rekod, tahun lalu kerajaan Perak mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri RM700 kepada seluruh penjawat awam negeri itu selain RM500 kepada semua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
SUMBER : hmetro
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.