Bantuan Perayaan RM500 Telah Mula Dikreditkan
Isi Kandungan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar pada 5 April 2024.
Beliau berkata, kerajaan juga bersetuju menyalurkan Bantuan Perayaan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.
“Jadi hari ini, bersamaan 21 Ramadan 1445, saya umumkan, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
“Sebanyak RM250 BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, insya-Allah saya sudah maklumkan kepada Perbendaharaan supaya BKK Aidilfitri disalurkan mulai Jumaat ini, 5 April 2024,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di PUSPANITAPURI.
Baca Juga:
- TERKINI: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024
- Bantuan Khas Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM1500 Sempena Perayaan Aidilfitri
Bantuan Perayaan Untuk Penjawat Awam
Pada 15 Mac lalu di Ipoh, Presiden CUEPACS Datuk Adnan Mat menggesa supaya kerajaan memberikan bantuan perayaan kepada penjawat awam dan pesara.
Adnan berkata, pihaknya berharap Perdana Menteri mengekalkan tradisi bantuan perayaan itu sebagaimana dilaksanakan sepanjang 10 tahun lalu.
Ikuti Group Whatsapp Kami Untuk Mendapatkan Info Terkini Bantuan 2024.
Insentif itu katanya, bukan sahaja memberi manfaat kepada penjawat awam, malah melegakan kelompok peniaga.
“Kami merayu supaya kerajaan mengumumkan dalam waktu yang terdekat ini, kerana ada keluh kesah peniaga di luar sana apabila penjawat awam kurang ‘purchasing power’.
“Sekurang-kurangnya dengan ada bantuan khas Aidilfitri, bukan sahaja penjawat awam (terima manfaat), tetapi untuk peniaga di bazar Aidilfitri yang memerlukan pembeli yang mampu membeli barangan mereka.
“Jika kami tidak ada kelebihan, maka kami tidak mampu membeli (dan mewujudkan) pusingan ekonomi kepada peniaga,” katanya.
23 Februari Penjawat Awam Dapat RM2,000
Semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak sebelum ini sudah menerima bayaran insentif awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebanyak RM2,000 yang disalurkan pada 23 Februari ini.
Bantuan Perayaan Khas RM1,000
Semalam, kerajaan Pahang mengumumkan khabar gembira kepada kira-kira 8,000 penjawat awamnya apabila bersetuju memberikan bantuan perayaan sebanyak RM1,000.
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM1,500
Kerajaan Johor pula mengumumkan bantuan khas Aidilfitri setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 kepada penjawat awamnya.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau memahami kesukaran yang dihadapi penjawat awam walaupun sudah menerima bayaran insentif awal RM2,000 sebelum ini.
“Jadi apabila jumpa penjawat awam, ada penjawat awam yang cakap kita faham Datuk Seri, tapi ada yang juga cakap dah habis belanja Datuk Seri.
“Perdana Menteri pun tak ambil gaji lagi, tapi masalahnya benar, persekolahan, kos sara hidup meningkat sedikit, jadi saya minta saudara doalah supaya politiknya stabil, dasar ekonomi jelas, pelaburan jelas, pelaburan asing bertambah,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Ikuti Telegram Rasmi : https://t.me/blogrojak
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.