Berita baik kepada mereka yang ingin memiliki rumah, dengan hanya bergaji RM1,000 anda boleh memiliki rumah sendiri. Inisiatif ini telah dilancarkan oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) Berhad yang juga merupakan syarikat milik penuh oleh Kementerian Kewangan.
Untuk pengetahuan anda, syarikat ini ditubuhkan untuk membantu mengatasi masalah kesukaran yang dialami oleh mereka yang tidak berpendapatan tetap. SJKP akan membantu mereka untuk mendapatkan kemudahan kewangan bagi pembelian rumah
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Skim ini merupakan satu skim perumahan yang terbuka untuk warganegara Malaysia yang tidak mempunyai pendapatan tetap.
Skim ini merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada terjual atau lelongan.
Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut merupakan syarat kelayakan untuk membuat permohonan SJKP:
- Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas
- Mempunyai punca pendapatan yang tidak tetap seperti peniaga kecil, pemandu teksi, petani dan sebagainya
- Pinjaman bersama dibenarkan
- Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami
- Pembelian rumah kediaman baru / didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan
- Pendapatan purata kasar bulanan adalah RM1,000
- Bermastatuin di dalam lingkungan 20 KM daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat
- Pembayaran bulanan kesemua pinjaman <65% daripada pendapatan kasar
- Rekod tunggakan CCRIS 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
- Tiada rekod-rekod negatif bagi tempoh 24 bulan terkini.
Senarai Institusi Kewangan SJKP
Berikut merupakan senarai insitusi kewangan yang terlibat dengan SJKP:
- Agro Bank
- AmBank / Islamic
- Affin Bank / Islamic
- Alliance Bank / Islamic
- Bank Islam
- Bank Muamalat
- Bank Rakyat
- Hong Leong Bank / Islamic
- Maybank / Islamic
Cara Membuat Permohonan
Berikut dikongiskan cara untuk membuat permohonan rumah dibawah SJKP:
- Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli atau resit bayaran tempatan
- Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan seperti Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK), Penghulu atau wakil terpilih
- Dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami isteri mempunyai sumber kewangan berasingan. Untuk kakitangan, sila bawa penyata gaji dan penyata EPF/KWSP
- Sediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, lesen perniagaan atau lain-lain dokumen sokongan untuk menyokong jual beli
- Permohonan dilakukan bukan terus ke pejabat SJKP tetapi melalui senarai cawangan institusi / bank di atas
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi SJKP di:
Telefon: 03-2096 5000
Faks: 03-2096 5090
Emel: enquiry@sjkp.com.my