Bantuan Prihatin Rakyat 2021: Ini maksud status permohonan ketika menyemak

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, kami mendapat banyak soalan berkaitan status permohonan Bantuan Prihatin Rakyat. Kami cuba sedaya upaya untuk berikan informasi kepada korang dengan harapan ia akan membantu. Jadi, bantu kami sebarkan maklumat ini untuk kebaikan lebih ramai orang. 

Cara mudah untuk melakukan semakan BPR

1. Log masuk ke portal rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login

2. Masukan nombor kad pengenalan dan tekan butang SEMAK

3. Semak kata keselamatan yang dipaparkan, sekiranya betul, masukan kata laluan BPR

4. Kemudian klik SEMAKAN STATUS dan skrin akan memaparkan maklumat berikut:

  • Nama
  • MyKad
  • Status Permohonan

Status Permohonan

Terdapat dua kriteria status yang berbeza, biarpun status permohonan anda berstatus ‘Permohonan Diterima’. Pemohon perlu menyemak nota yang dipaparkan di bahagian bawah skrin untuk mengetahui lebih lanjut mengenai status permohonan kerana ianya berbeza bergantung kepada kelulusan dari sekretariat BPR.

I) Status Permohonan : Permohonan Diterima

“Permohonan anda akan diproses bagi penentuan kelayakan BPR 2021 bagi bayaran seterusnya. Maklumat lanjut sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) – Pembayaran Fasa 1 BPR 2021”

Sekiranya nota yang dipaparkan adalah seperti di atas, secara amnya bermaksud pemohon adalah layak menerima bayaran FASA 1 BPR dan FASA 2. Walau bagaimana pun, permohonan tersebut masih dalam proses dan sedang disemak dengan lebih terperinci oleh LHDNM sama ada pemohon layak atau tidak bergantung kepada syarat yang ditetapkan.

II) Status Permohonan : Permohonan Tidak Diterima

“Anda bukan penerima bayaran FASA 1 BPR 2021.Walau bagaimanapun, permohonan anda akan diproses bagi penentuan kelayakan BPR 2021 bagi bayaran seterusnya.Maklumat lanjut sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) – Pembayaran Fasa 1 BPR 2021”

Secara amnya, pemohon adalah belum dapat menerima bayaran FASA 1 BPR kerana permohonan masih disemak dan dinilai oleh LHDNM. Walau bagaimana pun, sekiranya pemohon adalah layak, bayaran akan dibuat sekali gus semasa pembayaran FASA 2 iaitu pada bulan Mei 2021.

Maklumat Lanjut 

Anda boleh menghubungi sekretariat BPR melalui salah satu medium di bawah bagi mendapatkan maklumat lanjut atau membuat pertanyaan berkenaan BPR 2021:

Laman web rasmi BPR LHDNM di https://bpr.hasil.gov.my

Talian Hasil Care Line (HCL) : 03-89111000

Talian LHDNM: 1-800-88-2747  

Talian MoF: 03-8882 4565 / 4566  

Hadir ke cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM berhampiran

Menurut Menteri Kewangan Tengku Zafrul, lebih 2.64 juta rakyat Malaysia mendapat agihan pertama dari pembayaran BPR fasa 1. Sejumlah RM1.93 digunakan untuk pembayaran BPR fasa satu yang telah bermula berberapa hari lepas untuk bayaran Kategori Isi Rumah dan Bujang. 

Kami harap urusan anda akan dipermudahkan dan diluluskan!

Ingin bertanya soalan? Sertai group Facebook Bantuan Prihatin Malaysia 2021.