Pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuat secara berperingkat mulai hari ini (7/5/2021) kepada 8.4 juta penerima melibatkan peruntukan berjumlah RM2.75 bilion, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata, bantuan itu akan memanfaatkan 3.6 juta isi rumah, satu juta warga emas (bujang atau tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang.
Bayaran akan dikreditkan terus kepada akaun bank penerima antara 7 hingga 12 Mei, sementara bayaran bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak) akan dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Mei.
Kali ini kami akan jawab beberapa persoalan penting berkenaan Bantuan Prihatin Rakyat.
1. Siapakah yang layak menerima pembayaran Fasa Kedua BPR 2021?
Permohonan BPR 2021 yang layak menerima bayaran Fasa Kedua adalah merujuk kepada Permohonan BPR 2021 berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.
2. Saya berumur 60 tahun dan telah melaporkan status Bujang / Ibu atau bapa tunggal / Balu / Janda / Duda serta tidak mempunyai anak semasa pendaftaran BPR 2021. Berapakah pembayaran BPR 2021 yang akan saya terima?
Pembayaran BPR 2021 akan dibuat secara berperingkat berdasarkan status permohonan. Amaun keseluruhan BPR 2021 bagi pemohon berumur 60 tahun dan ke atas yang telah melaporkan status Bujang / Ibu atau bapa tunggal / Balu / Janda / Duda serta tidak mempunyai anak adalah sebanyak RM600. Bayaran adalah secara one-off dan baki bayaran akan dibuat semasa pembayaran Fasa Kedua.
3. Bagaimanakah kaedah pembayaran Fasa Kedua BPR 2021?
Pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 adalah seperti berikut:
i. Berjaya Kredit ke akaun
Pembayaran akan dilakukan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021 secara berperingkat.
ii. Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
a. Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan
BPR 2021; atau
b. Pembayaran BPR 2021 berstatus Gagal Kredit.
4. Sebelum ini saya dikategorikan sebagai penerima pedalaman Sabah / Sarawak bagi Fasa Pertama BPR 2021. Bagaimanakah kaedah pembayaran Fasa Kedua BPR 2021?
Kaedah pembayaran Fasa Kedua adalah seperti berikut:
i. Mempunyai maklumat akaun bank – pengkreditan ke akaun bank
pemohon / pasangan yang didaftarkan mengikut Fasa pembayaran
ii. Tiada maklumat akaun bank – Pembayaran sekaligus secara tunai
5. Bilakah tarikh pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 bagi penerima pedalaman Sabah / Sarawak yang tidak mempunyai maklumat akaun bank?
Tarikh pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 bagi penerima pedalaman Sabah / Sarawak yang tidak mempunyai maklumat akaun bank akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Bayaran BPR 2021 akan dibuat melalui pihak Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak.
6. Saya adalah pemohon BPR 2021 dan telah melaporkan maklumat akaun bank semasa pendaftaran dibuka, adakah pembayaran BPR 2021 akan dibuat kepada saya?
Pembayaran akan dibuat secara pengkreditan ke akaun bank pemohon yang didaftarkan semasa pendaftaran / kemas kini BPR 2021.
7. Saya adalah pemohon dan tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa pendaftaran BPR 2021, adakah pembayaran BPR 2021 akan dibuat secara tunai kepada saya?
Sekiranya anda tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa pendaftaran / kemas kini BPR 2021, pembayaran adalah seperti berikut:
i. Pasangan adalah warganegara dan ada melaporkan maklumat
akaun bank – pengkreditan ke akaun pasangan akan dibuat
ii. Pasangan tidak melaporkan maklumat akaun bank – pembayaran secara tunai di BSN kepada pemohon
Soalan lazim berkaitan BPR boleh di dapati DI SINI.
Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai Jumaat ini melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my.
Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak