Bantuan RM100 Akan Dikreditkan Setiap Bulan Ke MyKad : Ini Cara Membuat Semakan Status
Isi Kandungan
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sebuah program lanjutan kepada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bertujuan untuk memenuhi keperluan barangan asas.
Bantuan ini akan diberikan secara berfasa dan minimum jumlah bayaran tambahan diterima adalah RM150 sehingga maksimum RM1,200 mengikut kategori kelayakan.
Berikut dikongsikan maklumat penuh mengenai bantuan ini.
TENGAH TRENDING:—————————
- TERKINI : Bantuan Perayaan Khas RM500
- Bonus Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM1,200 Sempena Perayaan
———————————————————
Bantuan RM100 (Sumbangan Asas Rahmah)
Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024. Untuk makluman SARA adalah bantuan yang diberikan kepada penerima STR yang berkelayakan.
Kadar bantuan SARA juga telah dinaikkan kepada RM1200 berbanding tahun ini RM600.
Melalui inisiatif SARA ini, penerima STR yang layak akan menerima bantuan secara tanpa tunai sebanyak RM100 selama 12 bulan secara automatik dikreditkan ke MyKad masing-masing.
Tarikh Bayaran | Jumlah bayaran |
Januari 2024 | RM100 |
Februari 2024 | RM100 |
Mac 2024 | RM100 |
April 2024 | RM100 |
Mei 2024 | RM100 |
Jun 2024 | RM100 |
Julai 2024 | RM100 |
Ogos 2024 | RM100 |
September 2024 | RM100 |
Oktober 2024 | RM100 |
November 2024 | RM100 |
Disember 2024 | RM100 |
Syarat Kelayakan Bantuan RM100
Berikut adalah syarat kelayakan bantuan RM100:
- Warganegara Malaysia
- Tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 bagi kategori isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Tarikh Bayaran & Penebusan Bantuan SARA
Bagi mereka yang permohonan STR diluluskan dan menepati syarat-syarat kelayakan SARA, mereka akan menerima bantuan ini bermula pada 22 Januari 2024.
Penerima yang layak kemudiannya akan diberikan penerangan berkenaan kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.
Pada ketika ini, terdapat lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas
Semakan Status Melalui Portal MyKasih
Semakan status kelayakan SARA boleh disemak di Portal Rasmi STR dan mekanisme pelaksaan SARA boleh dirujuk di portal mykasih di sini https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Sumbangan Asas Rahmah boleh layari laman web Manfaat di https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara
- Portal Rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Aplikasi Semakan STR di PlayStore
- Pejabat HASiL: 1-800-88-2747
- MoF: 03-8882 4565 / 4566
- Hadir ke Pejabat HASiL berhampiran
Ikuti Telegram Rasmi : https://t.me/blogrojak
Soalan Lazim (FAQ)
Apakah Bantuan SARA?
Bantuan SARA adalah bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima STR yang layak dan tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM
Berapakah Jumlah Bantuan SARA?
Kadar bantuan SARA berbeza mengikut kategori kelayakan. Minimum RM150 sehingga maksimum RM1,200
Bilakah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Akan Disalurkan?
Bantuan akan disalurkan secara berperingkat bermula 22 Januari 2024
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.