Bantuan RM100 Madani: Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Bantuan RM100 Madani: Cara Mohon & Tarikh Bayaran

Terkini: kerajaan telah mengumumkan bahawa tarikh bayaran bantuan e-Tunai RM100 akan dilakukan pada bulan Disember 2023.

“Bantuan ewallet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan ini). Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji. – Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.

eWallet RM100 Madani: Cara Mohon & Tarikh Bayaran

Inisiatif ini bukan sahaja terhad kepada isi rumah penerima sahaja tetapi juga kepada pasaran tempatan terutamanya kepada peniaga kecil dan penjaja.

Sebelum ini Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Bantuan e-Tunai RM100 ini akan diberikan kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Perdana Menteri juga menyatakan inisiatif ini membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas (dewasa), merangkumi golongan B40 dan M40.

Anda Mungkin Berminat:

Bantuan RM100 eWallet

Bantuan RM100 etunai adalah inisiatif terbaharu yang diumumkan Kerajaan Perpaduan untuk golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan bantuan e-wallet, “e-Tunai Belia Rahmah” berjumlah RM200 untuk golongan belia dan mahasiswa bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Join Channel Whatsapp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa Kerajaan akan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 dan ke bawah.

Katanya, inisiatif e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.

“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

“Bilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di sini, hari ini.

Bantuan e-Tunai RM100 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Tarikh Penebusan Bantuan RM100 eWallet

TERKINI: Kerajaan akan melaksanakan pembayaran ewallet RM100 pada bulan Disember 2023 – Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong

Kredit e-Tunai RM100 akan dilakukan pada suku keempat tahun ini – Kementerian Kewangan

Apkah maksud suku keempat?

Suku tahunan meruapakan kuartal suku (seperempat) tahun iaitu jangka waktu tiga bulan:

  • Suku Pertama – Januari hingga Mac
  • Suku Kedua – April hingga Jun
  • Suku Ketiga – Julai hingga September
  • Suku Keempat – Oktober hingga Disember

Maka dengan itu, berdasarkan pengumuman Kementerian Kewangan mengenai pelaksanaan program ini pada suku keempat, kita sudah boleh jangka bayaran akan dibuat antara bulan Oktober hingga Disember

Info akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Kredit e-Tunai RM100 Untuk Rakyat Malaysia

Manfaat Bantuan RM100 eWallet

Bantuan e-Tunai RM100 memberikan peluang kepada golongan B40 dan M40 untuk membiasakan diri dengan penggunaan e-wallet dan ekonomi digital. Selain itu, program ini juga dapat membantu rakyat mengurangkan penggunaan wang tunai dan mempromosikan pembayaran tanpa sentuhan.

Melalui program ini, rakyat juga dapat membeli barangan atau perkhidmatan secara dalam talian dengan lebih mudah dan cepat. Ini dapat membantu meningkatkan daya saing belia dalam era ekonomi digital.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai bantuan ini, boleh rujuk melalui laman web Manfaat atau Facebook rasmi Kementerian Kewangan

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah inisiatif terbaru bantuan eWallet yang diumumkan kerajaan?

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah

Apakah syarat kelayakan eWallet RM100?

– Warganegara Malaysia
– Berumur 21 tahun ke atas
– Berpendapatan RM100,000 dan ke bawah

Bilahkah tarikh bayaran Bantuan Kredit eWallet RM100?

Pembayaran akan dimulakan pada Disember 2023

Penyedia perkhidmatan yang terlibat?

Akan diumumkan selepas ini.