Program PRIHATIN Kasih adalah satu bantuan yang disalurkan kepada isi rumah miskin bandar dengan kaedah pembayaran tanpa tunai menerusi MyKad yang dilaksanakan oleh Yayasan MyKasih dengan sokongan Yayasan Hasanah di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA)
Program ini bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan miskin yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dengan peruntukkan sebanyak RM100 juta, program ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara.
Manfaat Program PRIHATIN Kasih
RM100 sebulan akan diberikan selama 3 bulan
Bayaran akan dikreditkan ke akaun MyKad
Boleh digunakan untuk membeli barang keperluan seperti makanan tin, beras, minyak masak, telur dan banyak lagi.
Lokasi Pembelian
Penerima yang layak boleh membeli barangan keperluan di 300 lebih pasar raya dan kedai seluruh negara seperti:
- Mydin
- Giant
- Econsave
- The Store
- Pacific
- Milimewa
- 99 Speedmart
- Lotus Stores (Tesco)
- Dan kedai runcit terpilih
____________________________________________________________________
Anda mungkin berminat pada artikel ini
____________________________________________________________________
Bulan Pelaksanaan
Julai – September 2021
- Selangor
- Kuala Lumpur
Ogos – Oktober 2021
- Kelantan
- Johor
- Pulau Pinang
- Kedah
- Perlis
- Perak
- Melaka
- Terengganu
September – November 2021 / Oktober – Disember 2021 (akan dimaklumkan kemudian)
- Negeri Sembilan
- Labuan
- Pahang
- Putrajaya
- Sabah
- Sarawak
Semakan Kelayakan
Berikut dikongsikan cara untuk menyemak kelayakan Program PRIHATIN Kasih:
- Buka laman web My Kasih di https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx
- Masukkan No Kad Pengenalan dan Captcha
- Klik “Semak Status”
- Keputusan kelayakan akan dipaparkan
- Penerima akan menerima SMS daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka
- Penerima perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang akan ditetapkan
Maklumat Lanjut
Sebarang permasalahan dan pertanyaan berkaitan Program PRIHATIN Kasih, anda boleh rujuk di https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/faq_bm.aspx?lang=ms-MY