Bantuan RM100 Telah Dikreditkan Ke MyKad : Ini Cara Membuat Semakan!

BANTUAN RM100 TELAH DIKREDITKAN KE MYKAD: INI CARA MEMBUAT SEMAKAN

Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada insitiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup

Melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Terdapat beberapa penambahbaikan yang dapat dilihat antaranya jumlah bantuan diberikan maksimum sehingga RM3,100 berbanding sebelum ini berjumlah RM2,500.

Penambahbaikan ini melibatkan perincian isi rumah, lima anak atau tiga anak serta bantuan RM100 berbentuk bakul makanan berbanding peruntukan awal

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai Bantuan Bakul Makanan

Baca Juga:

Bantuan RM100 Dikreditkan Secara Berperingkat

STR Tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sebuah insiatif wang tambahan yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika pembentangan Belanjawan 2023.

Bantuan ini diberikan bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Hanya golongan isi rumah di bawah miskin tegar dan tersenarai di dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan atau Unit Penyelerasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri layak untuk menerima STR Tambahan ini.

Bantuan RM100 akan diberikan dalam tempoh enam bulan (RM100 x 6 Bulan) dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas.

Bantuan Rahmah RM100 : Semakan Status & Syarat Kelayakan

Berapakah Kadar Bantuan Tambahan?

Kadar bantuan adalah RM600 dan bantuan akan disalurkan dalam bentuk makanan dan secara baucar barangan makanan asas.

Ia akan diagihkan melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak untuk membuat pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih (maklumat mekanisme penyaluran terperinci akan dikemaskini dari semasa ke semasa).

Siapakah Yang Layak Terima Bantuan Rahmah RM100 ?

Bilakah Tarikh Pembayaran Bantuan RM100 ?

Bantuan akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023.

Boleh rujuk jadual berikut:

JULAI 2023RM100
OGOS 2023RM100
SEPTEMBER 2023RM100
OKTOBER 2023RM100
NOVEMBER 2023RM100
DISEMBER 2023RM100
Bantuan Bakul Makanan RM100 Sebulan: Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Siapakah Yang Layak Terima Bantuan RM100 ?

Bantuan Bakul Makanan dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenalpasti berada dalam kategori miskin tegar.

Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

  • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data e-Kasih; dan
  • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Bantuan Rahmah RM100 : Semakan Status & Syarat Kelayakan

Jumlah STR 2023

Berikut adalah jumlah keseluruhan bantuan STR 2023:

Langkah Membeli Barangan Bantuan Makanan

Berikut dikongsikan cara untuk membeli barangan makanan menggunakan mykad:

1. Pilih Barangan Keperluan

  • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga

2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan

  • Juruwang menyemak status MyKad Penerima bantuan

3. Imbas Kod Barangan

  • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan

4. Bayar Menggunakan MyKad

  • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian

5. Simpan Resit Untuk Semakan

  • Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian

Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Bantuan RM100 Telah Dikreditkan Ke Dalam MyKad : Ini Cara Menggunakannya

Semakan Status Bantuan RM100

Semakan Status Penerima Sumbangan Asas Rahmah boleh dibuat di portal rasmi MyKasih

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai STR Tambahan boleh layari laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Soalan Lazim

Siapakah yang layak menerima STR?

Permohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

Isi Rumah
– Kahwin: atau
– Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
– pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Warga Emas Tiada Pasangan
– Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
– had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
– Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Bujang
– Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
– had umur adalah 21 -59 tahun; dan
– pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Bagaimanakah kaedah bayaran STR dilaksanakan?

Kaedah pembayaran adalah seperti berikut:

Akaun Bank – Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat

Tunai di Kaunter BSN – pembayaran dilakukan secara tunai sekiranya tiada maklumat akaun bank & status pengkreditan gagal kredit

Siapakah yang layak terima SARA?

Kadar SARA berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
– Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
– Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

Bagaimanakan kaedah penyaluran sumbangan kadar tambahan STR RM600?

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan pengkreditan melalui akaun bank.

Cara membuat semakan status STR fasa 4?

Semakan Status STR fasa 4 boleh dibuat di laman web STR