Bantuan RM200 One-Off Untuk Kanak-Kanak : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Bantuan RM200 Untuk Kanak-Kanak : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

iSejahtera merupakan sistem yang dibangunkan untuk melancarkan pengurusan penyaluran pelbagai bantuan kebajikan dan penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat Pulau Pinang.

Antara bantuan yang disalurkan melalui iSejahtera adalah Penghargaan Warga Emas, Bantuan Ibu Tunggal, Bantuan OKU, Anak Emas dan Bantuan Teksi & Bas Sekolah.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai Bantuan RM200 Anak Emas.

Bantuan Anak Emas RM200: Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Bantuan RM200 Anak Emas

Bantuan Anak Emas melibatkan sumbangan kewangan sebanyak RM200 secara ‘One-Off’ kepada mereka yang layak.

Anda Mungkin Berminat:

Syarat Permohonan Bantuan RM200 Anak Emas

Berikut adalah syarat permohonan Bantuan RM200 Anak Emas ini:

  • Anak mestilah seorang warganegara Malaysia.
  • Pendaftaran perlu dilengkapkan sebelum anak berumur 2 tahun.
  • Salah seorang ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.

Cara Permohonan Bantuan RM200 Anak Emas

Berikut adalah cara permohonan Bantuan RM200 Anak Emas :

  • Pendaftaran secara online boleh melayari laman web rasmi iSejahtera di https://isejahtera.penang.gov.my/
  • Pendaftaran secara manual boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR dan kembalikan borang tersebut beserta dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang dipohon.

Senarai Dokumen Sokongan Yang Perlu Disertakan:

  • Salinan Sijil Kelahiran anak.
  • Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa.
  • Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
  • Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Semakan Status Permohonan Bantuan RM200 Anak Emas

Semakan status permohonan Bantuan RM200 Anak Emas boleh dibuat melalui sistem iSejahtera atau dengan menghubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04-650 5699 / 5700 atau Pejabat Daerah & Tanah mengikut daerah masing-masing

Berkenaan dengan tarikh pembayaran, ia akan dilaksanakan secara berperingkat. Untuk membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon mestilah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun.

Pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.

Bantuan Anak Emas RM200: Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Maklumat Lanjut Bantuan RM200 Anak Emas

Sebarang pertanyaan dan permasalahan mengenai bantuan RM200 ini, bolehlah rujuk laman web rasmi iSejahtera

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Soalan Lazim (FAQ)

1. Apa itu Program iSejahtera?

Program i-Sejahtera merupakan sumbangan penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berbentuk kewangan secara setahun sekali kepada rakyat Pulau Pinang iaitu warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, suri rumah dan bayi berumur 2 tahun ke bawah.

2. Siapakah yang layak memohon Program i-Sejahtera?

Syarat utama program i-Sejahtera adalah pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan merupakan pengundi di Pulau Pinang (Kecuali bagi Program OKU).

3. Bolehkah saya memohon lebih daripada satu (1) bentuk Program i-Sejahtera?

Tidak. Setiap pemohon hanya dibenarkan membuat permohonan bagi SATU (1) bentuk program bantuan sahaja kecuali bagi Program Anak Emas ( sila rujuk syarat-syarat permohonan)

4. Bagaimanakah cara untuk mendaftar Program i-Sejahtera?

Program i-Sejahtera boleh dimohon secara dalam talian (online) di portal i-Sejahtera. Sila klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status. Kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan ikuti langkah-langkah seterusnya untuk permohonan.

– Semak No Kad Pengenalan
– Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan kata laluan.
– Log in Masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan.
– Lengkapkan borang permohonan dan muatnaik dokumen-dokumen sokongan.
– Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU).

5. Bagaimanakah cara menyemak status pendaftaran?

Status pendaftaran boleh disemak melalui Portal i-Sejahtera. Sila klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status. Selain itu, semakan juga boleh dilakukan dengan log in masuk ke akaun pemohon di butang Login Pemohon.

Pemohon juga boleh menghubungi Pejabat Daerah, Pusat Khidmat KADUN, Pusat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program Bantuan OKU) untuk menyemak status pendaftaran. Senarai perhubungan boleh dilihat pada ruangan Hubungi Kami.

6. Berapakah jumlah bayaran yang akan diterima?

BAYARAN SATU (1) KALI SETAHUN
– Program Penghargaan Warga Emas : RM200.00
– Program Bantuan Ibu Tunggal : RM100.00
– Program Suri Emas : RM100.00
– Program Bantuan OKU : RM200.00

BAYARAN SEKALI SECARA ONE-OFF
– Program Anak Emas / Bantuan Anak Emas : RM200.00
– Khairat Kematian : RM1,000.00

7. Bilakah tarikh pembayaran Program i-Sejahtera?

Pembayaran dilakukan secara berperingkat. Bagi membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon mestilah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun. Pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.

8. Adakah saya perlu membuat pendaftaran pada setiap tahun untuk menerima bayaran sumbangan?

Pendaftaran hanya perlu dilakukan sekali sahaja.

Sekiranya pendaftaran anda telah lengkap dan disahkan, anda tidak perlu membuat pendaftaran pada setiap tahun. Namun begitu, anda dinasihatkan untuk mengemaskini akaun i-Sejahtera pada setiap tahun bagi memastikan maklumat yang dikemukakan merupakan maklumat terkini seperti no telefon, alamat, nombor akaun bank dan maklumat berkaitan bagi mengelakkan masalah untuk membuat bayaran. Pengemaskinian boleh dilakukan dengan mudah melalui Portal i-Sejahtera.

9. Bagaimanakah pembayaran Program i-Sejahtera dibuat?

Pembayaran i-Sejahtera dilakukan secara TUNAI dan Electronic Funds Transfer (EFT). Walau bagaimanapun, pemohon dinasihatkan untuk memilih kaedah EFT kerana pembayaran secara tunai tidak dapat dilakukan disebabkan pandemik C19

Sekiranya pemohon telah memilih kaedah TUNAI, pemohon boleh membuat pengemaskinian melalui memilih kaedah EFT dengan mengemukakan salinan dokumen akaun bank yang terkini melalui sistem.

10. Saya tiada akaun bank. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya ingin memilih kaedah pembayaran secara EFT?

Anda boleh membuat pilihan untuk mengemukakan akaun bank bersama waris (joint account) atau membuat perakuan bagi pembayaran ke atas akaun waris yang berumur 18 tahun dan ke atas. Walau bagaimanapun, pemilihan kaedah tunai masih dibenarkan atas sebab-sebab tertentu.

11. Saya belum mendapat sumbangan i-Sejahtera pada tahun ini. Apa yang perlu saya lakukan

Sila Login Pemohon dan kemaskini borang permohonan anda sekiranya masih belum lengkap. Pastikan anda memuat naik dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan dengan jelas.

Untuk maklumat lanjut dan meja bantuan, sila Hubungi Kami melalui Pejabat Daerah, Pusat Khidmat KADUN atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU)

12. Saya terlupa kata laluan. Apa yang perlu saya lakukan?

Login Pemohon dan klik lupa kata laluan. Kemudian, pilih sama ada ingin menjawab soalan rahsia atau melalui emel.

Sekiranya akaun anda telah disekat, Hubungi Kami melalui Borang Aduan dan Pertanyaan untuk membuka sekatan dan kata laluan sementara akan dihantar melalui emel yang dikemukakan.

13. Saya tidak tahu mendaftar secara online. Apa yang perlu saya lakukan?

Pemohon boleh merujuk kepada Panduan Pengguna seperti yang tertera di portal. Langkah-langkah pendaftaran telah disediakan dengan lengkap. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila Hubungi Kami melalui Pejabat Daerah, Pusat Khidmat KADUN atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi Program Bantuan OKU).