Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300: Cara Mohon & Syarat Kelayakan

BANTUAN SARA HIDUP (BSH) RM300: CARA MOHON & SYARAT KELAYAKAN

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan diperingkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah Bantuan Sara Hidup (BSH).

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan ini.

BACA JUGA:

Bantuan Sara Hidup (BSH)

Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah bantuan kewangan bulanan yang diberi kepada Veteran ATM yang bertujuan untuk meringankan beban sara hidup harian.

Setiap permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa selama 3 tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat. Permohonan akan dinilai semula dalam tempoh 3 tahun tersebut untuk memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima BSH itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya.

Veteran ATM boleh mengemukakan permohonan untuk melanjutkan bayaran BSH sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh 3 tahun itu.

Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300: Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Syarat Kelayakan BSH

Berikut dikongsikan syarat kelayakan BSH:

  • Veteran ATM (Tanpa mengira tempoh khidmat)
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
  • Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak.
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur.
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.

Kadar Bantuan Bantuan Sara Hidup (BSH)

Bantuan yang diberikan adalah RM300 Sebulan

Cara Membuat Permohonan

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan:

  • Muat turun dan lengkapkan borang berikut:
    Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019
  • Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.
  • Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.
  • Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).
  • Semakan status permohonan boleh dibuat di:
    Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV.
Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300: Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, boleh menghubungi kakitangan JHEV di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri atau di talian 03-2050 8000

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.