Bantuan Tambahan STR 2023 : Tarikh & Jumlah Bayaran
ISI KANDUNGAN
Bantuan Tambahan STR 2023 – Tahukah anda? Terdapat bayaran tambahan yang diberikan penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2023 yang layak.
Bantuan ini diberikan secara berfasa selama enam bulan dan akan dikreditkan ke dalam MyKad
Bantuan ini diberikan dengan syarat-syarat tertentu agar sasarannya tepat kepada mereka yang memerlukan.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai Bantuan Tambahan STR 2023.
Join Channel Whatsapp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!
Anda Mungkin Berminat:
- Bantuan RM400 Kredit Shopee: Cara Mohon & Syarat Kelayakan
- RM1000 Tambahan Buat Penerima STR
- STR Fasa 4 Telah Mula Dikreditkan Secara Berperingkat
Bantuan Tambahan STR 2023
Bantuan Tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sebuah insiatif wang tambahan yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika pembentangan Belanjawan 2023.
Bantuan ini diberikan bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Hanya golongan isi rumah di bawah miskin tegar dan tersenarai di dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan atau Unit Penyelerasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri layak untuk menerima STR Tambahan ini.
Pembayaran sebanyak RM600 akan diberikan dalam tempoh enam bulan (RM100 x 6 Bulan) dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas.
Berikut adalah Infografik Bantuan Tambahan
Tarikh Bayaran Bantuan Tambahan
- Pembayaran Bantuan Tambahan akan dibayar secara berperingkat pada setiap bulan selama enam bulan
- Bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima
Tarikh Bantuan | Jumlah Bayaran |
Julai 2023 | RM100 |
Ogos 2023 | RM100 |
September 2023 | RM100 |
Oktober 2023 | RM100 |
November 2023 | RM100 |
Disember 2023 | RM100 |
Semakan Status Bantuan Tambahan
Semakan Status boleh dibuat di portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bantuan Tambahan ini boleh layari laman web di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.
Soalan Lazim (FAQ)
Siapakah yang layak terima SARA?
Kadar SARA berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.
Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
– Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
– Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Bagaimanakan kaedah penyaluran sumbangan kadar tambahan RM600?
Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan pengkreditan melalui akaun bank.
Cara membuat semakan status Bantuan Tambahan?
Semakan Status STR fasa 4 boleh dibuat di laman web STR